email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Sunday, July 22, 2012

Aktiviti JKKKN Jalan Gajah Mati-Machang Bubok sempena Ramadhan

Alhamdullilah sempena ramadhan tahun ini, pihak jkkkn sekali lagi mengatur program untuk manfaat semua.

Bazar ramadhan
1. Program bazar ramadhan tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk machang bubok untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
2. Setiap peniaga dikenakan bayaran tapak sebanyak RM150.00
3. Berdasarkan tahun lepas, pihak JKKK menanggung kerugian disebabkan tidak mendapat untung, hanya dapat sedikit lebihan yang terpaksa disalurkan untuk meyediakan surau untuk peniaga / pembeli, bayaran tapak untuk mpsp, dan lain-lain.

Bubur lambuk
1. Turut di biayai oleh JKKK, setakat ini hanya dapat disediakan untuk hari Ahad sahaja.
2. Mendapat kerjasama dari masjid - (menggunakan tukang masak dan kemudahan periok / dapur dari masjid machang bubok)
3. Diedarkan selepas solat Asar.
4. Alhamdulliah, lebih 200 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada semua.
5. Ada pihak yang bertanya dan berminat untuk mencari sponsor dari anak qariah untuk dijadikan acara harian sepanang ramadhan. rasanya masih tak dapat memenuhi permintaan disebabkan ada kakitangan yang bertugas untuk penyediaan bubur bekerja pada hari biasa. jadi setakat ini hanya buat hari ahad sahaja.

Tuesday, July 10, 2012

Terlibat dalam NOSS Development with JPK - Sunway Hotel seberang Jaya

NOSS Development with JPK



1. Sekarang ni tengah bermukim kat Hotel Sunway Seberang Jaya untuk membincangkan dan membina kurikulum / syllabus untuk pelajar aliran Sijil kemahiran Malaysia (SKM tahap 4 & 5).

2. Ianya tertumpu berkaitan dengan industri Wafer Fabrication yang masih dianggap baru untuk sektor E&E di Malaysia.

3. NOSS (National Occupational Skill Standard) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Nasional adalah satu projek kerajaan dalam meningkatkan lagi kemahiran tenaga kerja di Malaysia.

4. NOSS ini dikelola oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) iaitu satu agensi dibawah MOHR (Ministry of Human Resource) - Kementererian Sumber Manusia

5. InsyaAllah, adalah diharapkan dengan adanya syllabus ini, gaji technician akan dapat ditingkatkan setelah mempunyai kemahiran ini.

6. Dah banyak kali dah berkampung kat hotel, bermula dengan hotel Ixora prai (17~20 April 2012), seterusnya Hydro Hotel, Batu Ferringgi (7-11 May 2012), diikuti oleh Rainbow Paradise Hotel, Tanjung Bungah (11~15 Jun 2012) dan ini yang terakhir kat Sunway Hotel, Seberang Jaya (9~12 July-2012)



Thursday, July 5, 2012

Gotong royong membersihkan perkarangan masjid anjuran bersama AJK Masjid dan JKKKn

1.Program dirancangkan pada hari Ahad ini, 8-Jul-2012 bermula jam 8:30 pagi
2. Anjuran Masjid dengan kerjasama JKKKn Jalan Gajah Mati-Machang Bubok.
3. Pihak msjid akan menyediakan perkakasan gotong royong, pihak JKKK yang di pengerusikan oleh Haji Ismail Elin bersetuju untuk menyediakan sarapan pagi pada hari tersebut.
4. Gotong royong ini adalah salah satu acara tetap yang dijalankan sempena menyambut kedatangan ramadhan.

Hari Anugerah Cemerlang SMK Permatang Pasir (7-Jul-2012)

1. Hari Anugerah Cemenrlang Pelajar SMK Permatang Pasir akan dadakan pada 7-Jul-2012.
2. Perasmian dilakukan oleh orang dari PPD.
3. Cikgu telefon, memohon hadir untuk menggantikan En. Mutalib (YDP) yang tak dapat hadir.