Banjir Kilat di Machang Bubok
1. Hujan lebat sejak dari malam tadi telah menenggelamkan beberapa kediaman di kampung Machang Bubok.
2. Antara tempat yang terlibat dalam banjir kilat ini ialah mukim 17 (kampung pulau pisang), Mukim 17, (Jalan Masjid) serta jalan gajah mati (kampung tok musa).
3. Penghulu Yusuf telah yang berkebetulan berada di Kulim turut hadir meninjau pada lebih kurang jam 12 malam.
4. Turut memaklumkan kepada YB Exco Law Choo Khiang tentang kejadian banjir berulang di Mukim 17 Machang Bubok. Beliau telah meminta En RAju dari Unit Khas MPSP untuk hadir memantau pada malam tadi.
5. YB Tan Hock Leong turut hadir melawat disertai dengan Uncle Poh pada paginya,
6. Bilik gerakan turut dibuka dan menempatkan satu keluarga yang terdiri dari pendudok mukim 16 (berhampiran masjid).
7. Semua bertungkus lumus membantu mangsa banjir, ada Bomba, JPAM3, Polis, serta turut dibantu oleh JKKKP dan JKKKP serta ajknya. (Untung negeri Pulau Pinang ni, banyak yang prihatin).
Pada malm tadi, pihak JKKKP telah menyediakan makanan untuk makan tengah malam.
8. Sebelah siangnya, YB Tan Hock Leong turut menyumbang untuk penyediaan makanan kepada mangsa banjir.
9. JKM turut hadir pada sebelah siangnya.
10. Apa yang pasti, banjir di Machang Bubok adalah amat sinonim dengan masyarakat disini. Harap manifesto pilihanraya akan datang ialah "Sifar Banjir"......rasanya mangsa banjir amat bersetuju.