Lama sudah tidak menulis di blog ini.
1. Isu sebelum ini adalah isu padang sekolah iaitu padang permainan Sekolah Kebangsaan Machang Bubok.
2. Alhamdulillah, selepas PRU13, selepas satu pertanyaan dibuat di parlimen melalui YB Steven Sim iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam, barulah diketahui bahawa permohonan untuk mendapatkan padang permainan sekolah tidak pernah dipanjangkan kepada KPM.
3. Berdasarkaan jawapan yang diberikan di Parlimen oleh Dato Mary Yap, Inisiatif telah dibuat dengan berjumpa sendiri Pegawai PPD bahagian Pembangunan, iaitu En Muhamad.
4. PPD memaklumkan permohonan telah dibuat dan diajukan kepada JPN cuma mungkin JPN tidak membuat mengajukan permohonan tersebut kepada KPM.... itu jawapan yang telah diberikan.
5. Pihak PIBG telah memohon supaya satu surat permohonan baru dibuat dan salinannya dihantar kepada PIBG untuk tindakan susulan.
6. Selepas hampir 1 minggu dari perjumpaan tersebut, salinan surat berkenaan permohonan padang dari PPD kepada JPN telah diterima oleh PIBG.
7. Setelah hampir satu bulan dari permohonan tersebut dan tiada khabar berita, satu email telah dihantar terus kepada Ketua Setiausaha KPM, Dato Dr Madinah. ianya merupakan permohonan serta rungutan mengenai kerenah sebelum ini.
8. Alhamdulillah, keesokkan malamnya, email balasan diterima dari Dato Dr mengenai janji beliau untuk melihat perkara ini.
9. Bermula dari tarikh tersebut, bermulalah episod perhubungan terus dengan KPM dan kesempatan tersebut diambil untuk memohon tanah permohonan sebelum ini yang diminta pada 2010 sebanyak 2 hektar ditebus guna dan tanah baru turut dipohon sebagai tambahan iaitu sebanyak 2 hektar lagi.
10. Melalui follow up berterusan setiap bulan yang dibuat melalui email, alhamdulillah, peruntukan tebus guna telah diluluskan pada 2015
11. Tanah tambanhan sebanyak 2 hektar pula sekarang ini menunggu pembayaran sebanyak RM4.6 Juta kepada Tuan Tanah (makluman dari pihak KPM melalui perbualan telefon pada feb 2017)
Terima kasih semua
15-Feb-2017 / 9:28malam