Gambar-gambar yang diambil sekitar Machang Bubok, antaranya program setempat dan lain-lain serta gambar-gambar yang diambil oleh owner dari semasa ke semasa. Tempat aktivity menarik di machang bubok seperti hiking bukit seraya, dll
Saturday, December 4, 2010
Machang Bubok perlu padang
Dah lebih 4 tahun, permohonan padang bola dikemukakan melalui pibg sk machang bubok, yang diajukan kepada pihak berkaitan, berserta dengan lain-lain tindakan seperti, melalui akhbar, desakan melalui mesyuarat agung pibg dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak serta berhubung terus dengan PPD akhirnya mendapat maklumbalas yang mengembirakan. Surat yang di faxkan ke SK Machang Bubok mengesahkan bahawa proses pengambilan telah dilakukan dan diluluskan. Pada bulan Nov'10, Sebuah rumah peduduk terlibat (sebuah rumah India) telahpun berpindah setelah mendapat pampasan.
Kini apa yang perlu adalah tindakan segera dari pihak berkaitan untuk menebus-guna tanah untuk dijadikan padang. Harap tak perlu tunggu 3 tahun lagi . Diharapkan juga ianya tak menjadi seperti padang yang tak kunjung datang seperti kat depan rumah Rani Samsudin (G), yang dikhabarkan menjadi simbolik korupnya pentadbiran kampung Machang Bubok. Melalui perbualan kedai kopi katanya disyaki rasuah berlaku disitu. tak mau komen panjang. tak dak sumber sahih. kata mereka yang pasti kak biah (tuan tanah) yang untung, tanah paya kini daratan. Sekurangnya ada melayu yang untung di situ. Hidup Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment