email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Saturday, September 1, 2012

Menyambut Hari Raya Aidil Fitri di machang bubok

Hari Raya Aidil Fitri


1. Kali ke 2 beraya bersama keluarga di Machang bubok.
2. Pada paginya menunaikan solat hari raya di masjid berdekatan rumah.
3. Kutbah dan sembahyang diketuai oleh Tuan Haji Mubarak.
4. Tuan Imam menyentuh mengenai harapan supaya umat islam dapat meneruskan aktiviti mengimarahkan masjid walaupun bulan ramadhan telah berakhir.
5. Turut mengingatkan pada hadirin bahawa disamping berpuasa, diharapkan menerapkan budaya islam dalam setiap kehidupan. Mengingatkan kepada kaum perempuan untuk berpakaian menutup aurat yang merupakan satu tuntutan agama dan tidak dipersendakan. begitu juga tentang hukum islam.
6. Lepas balik dari sambutan hari raya, terus kerumah Ustaz Shamizan yang mengadakan rumah terbuka.
7. Turut menziarahi rumah Wan Kedau, Bang Mie Janngut, Rumah Razak dan rumah Zul (Kampung Lama Machang bubok)
8. Untuk tetamu dirumah, disedaikan lemang yang dibeli kat Mail, serta buat laksa lemak.
9. Petangnya sekitar jam 6 petang bertolak ke Kampung Halaman di Sungai Limau, bertemu pak dan mak serta keluarga yang lain.
10. Malamnya bertolak ke Sematang Gunung untuk raya sebelah Mertua.
11. Hari Rabu, berpatah balik semula ke rumah Pak di sungai limau untuk turut serta rumah terbuka yang dibuat oleh Keluarga kak Mah (makan mee rebus).
12. Petangnya ke Tanjung Dawai bersama isteri dan anak anak dan turut disertai Norma - Zan, Puziah dan Yan.
13. Malamnya, makan kat rumah Zan di Guar chempedak.
14. Bertolak balik ke Machang Bubok pada jam 12 malam dan sampai kat rumah sendiri sekitar jam 1.20 minit pagi (khamis)

No comments:

Post a Comment