email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Thursday, December 30, 2010

Program Pelancaran Usrah - Balai Islam Machang Bubok (30-Dec-2010 / Jam 9:30malam

Program diadakan untuk memantapkan ahli Pas Machang Bubok.
Ceramah disampaikan oleh Ust Afnan Hamimi Bin Taib Azamuddin (anak Taib Azamuddin / Menantu Ust Hassan Razak.

Ceramah bertajuk : DARI MANA HENDAK KEMANA.
Alhamdulillah program mendapat sambutan menggalakan, Ceramah mula jm 9:30malam dan habis pukul 12malam (2 : 30 jam). Semua tak berganjak, Menarik, Ust guna slide buat ceramah. Banyak pengajaran yang dapat diambil.


Gambar : Ustaz Afnan Hamimi menyampaikan ceramah. Dibelakang beliau ialah Ketua Pas Cawangan Haji Ismail Elin berserta Ustaz Suhaimi yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis pada malam tersebut.

Saturday, December 4, 2010

Machang Bubok perlu padang


Dah lebih 4 tahun, permohonan padang bola dikemukakan melalui pibg sk machang bubok, yang diajukan kepada pihak berkaitan, berserta dengan lain-lain tindakan seperti, melalui akhbar, desakan melalui mesyuarat agung pibg dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak serta berhubung terus dengan PPD akhirnya  mendapat maklumbalas yang mengembirakan. Surat yang di faxkan ke SK Machang Bubok mengesahkan bahawa proses pengambilan telah dilakukan dan diluluskan. Pada bulan Nov'10, Sebuah rumah peduduk terlibat (sebuah rumah India) telahpun berpindah setelah mendapat pampasan.

Kini apa yang perlu adalah tindakan segera dari pihak berkaitan untuk menebus-guna tanah untuk dijadikan padang. Harap tak perlu tunggu 3 tahun lagi . Diharapkan juga ianya tak menjadi seperti padang yang tak kunjung datang seperti kat depan rumah Rani Samsudin (G), yang dikhabarkan menjadi simbolik korupnya pentadbiran kampung Machang Bubok. Melalui perbualan kedai kopi katanya disyaki rasuah berlaku disitu. tak mau komen panjang. tak dak sumber sahih. kata mereka yang pasti kak biah (tuan tanah) yang untung, tanah paya kini daratan. Sekurangnya ada melayu yang untung di situ. Hidup Melayu.

Friday, December 3, 2010

Ketua UMNO machang bubok dituduh rasuah - harap harap SPRM silap...taklah cemar nama machang bubok


BUTTERWORTH: Bekas Pengurus Tekun Nasional Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah wang Skim Pinjaman Bazaar Ramadan 2008 berjumlah RM9,000 pada 2008.

Sabaruddin Md Hashim, 46, dituduh memasukkan tiga keping cek masing-masing bernilai RM2,955.15 ke dalam akaun bank isterinya Noorhayati Othman antara 28 Ogos dan 18 September 2008 di Pejabat Tekun Nasional Pulau Pinang, Taman Selat, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan, isteri Sabaruddin bukan peminjam yang layak di bawah skim berkenaan

Sabaruddin didakwa menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes 22 Oktober ini bagi tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Janariah Abdul Mutalib. - BERNAMA

Sunday, November 28, 2010

Majlis Anugerah JKKK terbaik peringkat Pulau Pinang.

Majlis Anugerah JKKK terbaik peringkat Pulau Pinang.
Majlis dirasmikan oleh TKM1 Dato Mansur.

Saya turut membangkitkan isu komputer yang sepatutnya diberikan kepada semua JKKK kepada En Fitri, orang kuat TKM, katanya ia akan memaklumkan kepada pihak berkaitan. mengenai apa yang dibincangkan oleh saya.

Thursday, November 25, 2010

Program Taklimat Permohonan Bekalan Air Bersama PBAPP - 26-Nov-10

Program Taklimat Permohonan Bekalan Air Bersama PBAPP
Tempat : Laman Masjid Machang Bubok.
Tarikh : 26-Nov-10
Masa : 9pagi~12 tengahari.
Tujuan:  Memberi taklimat kepada penduduk berkaitan mengenai tatacara permohonan bekalan air paip PBA (Taklimat oleh pihak PBA).
Sasaran: Pendudok Machang Bubok yang masih tiada kemudahan air Paip PBA.
Kehadiran : Lebih kurang 25~30 orang.







Ramai rupanya yang masih lagi tiada bekalan air kat Pulau Pinang ni........!

Sunday, November 21, 2010

Lawatan ke Zoo Taiping

Lawatan ke Zoo Taiping bersama Bang Dan & Family serta Mie Gas & his family
Bertolak selepas Zohor. Terus ke Zoo Taiping, Lepas tu makan kat Kuala Sepetang (Mee MAK JAH) . turut serta Adik Zul & family yang bertugas kat Tempat Tahanan Kamunting. Balik lebih kurang pukul 10:30malam (sampai Machang Bubok)







Ibadah Qurban - Hari Raya Pertama

Gambar lembu korban yang disembelih pada Hari Raya Qurban (17-Nov-10)

Friday, November 12, 2010

Keputusan UPSR SKMB 2010

Keputusan UPSR SKMB 2010 (Peratus lulus 57%)

Tahniah5A - 10 Orang
1. IFFAH BINTI REZALI
2. MUHAMMAD HUSYAINI BIN ABD RAHMAN
3. MUHAMMAD SYAHMI BIN ZULKIFLI
4. NURUL AINA BINTI SULAIMAN
5. NURUL ARYANI BINTI ZULKEFLAY
6. NURUL FARAHAZWANI BINTI MOHD ROSLI
7. NURUL HANIS BINTI AHMAD
8. SASMITRA NAIDU A/P THINAHRAN
9. UMMUL AFIQAH BASYIRAH BINTI MOHAMED THAHA.
10. MAIZATUL IZZATI BINTI MD SAAD.

4A 1B - 5 orang
11. MUHAMMAD HAFIFFY BIN KAMARUDDIN
12. MUHAMMAD ZAFRI BIN KHALID
13. NUR FITRIYAH BINTI SAPAR
14. NUR HIFDZAN BINTI ZAINAL ABIDIN
15. NURUL IZZAH BINTI ZAINUL ABIDIN

3A 2B - 5 orang
16. HUSNA AISYAH BINTI JAAFAR
17. JAMILAH BINTI SAMSUDIN
18. MOHMAD AMIRUL BIN KUMAR
19. MOHAMAD AZWAR ALIF BIN ABD HALIM
20. SITI FATIMAH BINTI ROSLI