email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Thursday, January 27, 2011

Semicon 2011 Seoul Korea - 26-Jan ~ 29-Jan-2011

Hadir ke Seoul Korea, ambik flight 24-Jan (7:35pm) dari Penang, transit kat KL, ambik flight MH066 dari KLIA to Seoul.

1st Day.
1. Sampai Seoul lebih kurang pukul 6:35 pagi, cuaca betoi-betoi sejuk, -12 darjah Celcius. Kena pakai baju dua tiga lapis.

2. Window shopping around Seoul Town. Beli Strawberry, WON 7000. Sedap.

3. Makan maggi dan roti 4 segi + Tuna

Wednesday, January 19, 2011

Pembukaan Pasar Pagi Anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok

Pembukaan Pasar Pagi Anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok

Maklumat :
Pendaftaran & Lawatan Tapak : 23-Jan-2010
Pembukaan rasmi Pasar Pagi : 30-Jan-2011

Bayaran tapak : RM 4.00 satu tapak perniagaan (baar setiap kali berniaga)
Pendaftaran : RM40.00 untuk satu tapak
-----------------------------------------------------------------

Pendaftaran yang berjalan kelmarin dilapurkan mendapat sambutan yng menggalakkan.
Frust juga kerana tak dapat turut membantu rakan-rakan yang lain, (personal problem - brother in-law pass away at Sg. limau, Guar Chempedak).

Walaubagaimanapun berkesempatan hadir pada malamnya untuk membincangkan tentang pendaftaran, dan stategi yang perlu untuk melancarkan pembukaan pada 30-Jan-2011

Monday, January 17, 2011

Pekerja Nepal Mati Atas Pokok Kelapa di Machang Bubok

Banyak versi cerita yang di dengar...Ada kata pemuda Nepal tu panjat pada lebih kurang waktu pagi, 24 jam sebelum ditemui mati. Ada yang kata panjat pukul 10 malam (panjat pokok pukul 10 malam, lepas tu duduk atas pokok 12 jam sebelum mati).

Apa yang pasti, pemuda nepal tu tak patut mati jika kesalahannya hanya curi buah di dusun orang. Sama-sama fikirkan.

Sedutan dari berita harian:

Warga Nepal mati atas pokok kelapa
Oleh Fuad Hadinata Yaacob
bhnews@bharian.com.my
2011/01/14

Elak daripada ditangkap selepas ceroboh dusun

BUKIT MERTAJAM: Seorang warga Nepal yang melarikan diri dengan memanjat pokok kelapa selepas menceroboh kebun durian di Kampung Tok Muda, Machang Bubuk, di sini malam kelmarin, ditemui mati di atas pelepah pokok itu, pagi semalam.
Kematian lelaki berusia 20-an yang tidak memiliki dokumen pengenalan, disedari jam 10 pagi semalam dengan lilitan tali pinggang di lehernya, iaitu selepas hampir 24 jam berada atas pokok setinggi kira-kira 20 meter. Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengalami kesukaran membawa turun mayat lelaki itu, terpaksa meminta bantuan penduduk kampung dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Pemilik kebun, Arshad Abu Seman, 30, berkata kira-kira jam 10 malam kelmarin, beliau bersama beberapa rakan ke kebun untuk mencari durian dan terserempak beberapa lelaki yang kemudian melarikan diri dan seorang daripada mereka yang dipercayai ketakutan, memanjat pokok kelapa.

“Kami memujuk lelaki itu turun tetapi dia enggan dan membaling kelapa ke arah kami,” katanya sambil menambah mereka meninggalkan lelaki itu sendirian selepas menunggu beberapa lama.

Kematian disedari pagi semalam selepas sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, tiba untuk memberi bantuan tetapi mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia.
Pegawai Bomba II Rejab Ahmad, berkata pihaknya menghadapi kesukaran dan mengambil masa lama membawa turun mayat di celah pelepah kelapa.

Sementara itu, Mohd Ridzuan Shahak, yang membawa turun mayat, berkata beliau mendapati mulut mangsa berdarah dan kesan gigitan kerengga di muka serta badan, selain lilitan tali pinggang di leher.
berita semasa dari machang bubok





Gratisan Musik