email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Tuesday, August 30, 2011

Sambutan Hari Raya - Sambutan di Machang Bubok

Sambutan Hari Raya
1. Inilah sambutan hari raya yang pertama di Machang Bubok. Maklumlah inilah sambutan kali pertama di rumah sendiri.
2. Pergi sembahyang raya di Masjid Machang Bubok.
- Solat hari raya di imamkan oleh Ust Azrul dan kutbah disampaikan oleh Haji Salleh Itam.
- Antara isi kutbah ialah:-
a. Harap semua penduduk dapat memartabatkan institusi masjid sebagai rumah Allah, Diharapkan penduduk dapat memanfaatkan program tazkirah, ceramah dan pengajian yang diadakan di masjid.
c. Berharap tiada membawa politik sempit kedalam intitusi masjid.
d. Teguran membina amat digalakkan.
e. Mengucapkan dan mengalukan warga machang bubok dari perantauan yang pulang kekampung berhari raya. Turut memohon supaya warga machang bubok yang pulang dari perantauan dapat turut menyumbang buah fikiran demi kebaikan institusi masjid di kampung mereka. Sumbangan kewangan dari hartawan turut dialu-alukan.
f. Turut mengalu-alukan warga asing seperti dari Indonesia, Myammar, Kemboja, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain yang beraya di kampung machang bubok. Jamuan hari raya untuk warga asing diadakan selepas solat aidil fitri di halaman masjid. Ini sebagai meraikan warga asing se-agama yang turut berhari raya di Machang Bubok. Meraka adalah sebahagian yang turut menyumbang dalam pembangunan negara.

Sebelah malamnya balik kampung untuk bersama keluarga - buat bakar satay.



Wednesday, August 24, 2011

Fatwa mengenai Tapak Masjid Machang Bubok

Berikut adalah fatwa yang diambil dari fail FMS (Fatwa Management System) mengenai kedudukan Tanah tapak Masjid Machang bubok.

FATWA

Kedudukan Tanah Tapak Masjid Machang -Bubak & Pembinaan Sebuah Bangunan Kelas Agama di atas Kawasan Lapang Tanah Yang Sama

Bahasa Asal        : Melayu
Negara Asal        : Malaysia
Tahun                  : 1983
Pengarang           : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Rujukan              : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang
Nota                   : Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989
 
Soalan:

1) Lot 2140 ( lot lama 689 (2) ) dan lot 2144 ( lot lama 690 (3), Mk. 16, S.P.T. adalah merupakan 2 bidang tanah yang telah di jual oleh tuan tanah iaitu AI-Marhum Tuan Haji Ahmad Bin Hussain kepada:-
1) Haji Ahmad B. Haji Hussain
2) Haji Harun B. Lebai Othman
3) Samsudin b. Hj. Ahmad
Mengikut Interim Register, ketiga-tiga mereka' didaftarkan setagai Pemegang Amanah kepada kedua-dua tanah tersebut. Walau bagaimanapun tanah tersebut tidak dicatitkan di dalam Conveyance 1060/106 sebagai tanah waqaf dan ketiga-tiga pembeli itu hanya dicatitkan sebagai Pemegang Amanah kepada Masjid Machang Bubok. Pada masa ini terdapat sebuah bangunan masjid yang dibina di bahagian penjuru kedua-dua lot tersebut, manakala kawasan lain di sebelah masjid itu merupakan tanah tapang. Soalannya, bolehkah ditentukan samada tanah lot 2140 dan lot 2144 itu boleh diterima atau tidak sebagai tanah waqaf, masjid Machang Bubok.

2. Bolehkah dibina dan didirikan sebuah bangunan kelas agama di atas tanah lapang tersebut. Bangunan yang dicadangkan berupa bangunan kayu bercampur bata berukuran 20 x 70 kaki. Peruntukan bagi membina kelas ini yang disediakan oleh Pejabat Daerah Bukit Mertajam dijangka dapat menampung seramai 90 orang murid untuk mengikuti pelajaran ugama.

Jawapan:

1) Tanah Lot 2140 dan lot 2144 adalah jelas kedudukannya sebagai tanah waqaf masjid Machang Bubok. Ini berdasarkan kepada kenyataan yang zahir iaitu terdapat sebuah masjid di atas tapak itu dan juga masjid berkenaan mempunyai pemegang Amanah yang menguasainya.
سئل رضى الله عنه عما إذا وجدنا صورة مسجد ولم تدر هل وقف مسجد أم لا.فهل تثبت له أحكام المساجد؟ فاجاب بقوله الظاهر أنه يثبت له ذلك عملا بظاهر الحال.-الفتاوى الكبرى لأبن حجر الهيتمي ص 265.
Yang bermaksud: Telah ditanya, jika kita dapati bentuk masjid dan tidak diketahui adakah ia waqaf masjid atau tidak, adakah sabit hukum masjid?Jawabnya: Yang zahir adalah sabit bagi bangunan itu hukum masjid berdasarkan kepada kenyataan zahir.

2. Boleh dibina apa-apa bangunan di atas tanah yang diwaqafkan untuk masjid dengan syarat tidak menganggu kehormatan masjid dan boleh dipecahkan apabila diperlukan untuk perluasan masjid.

Sekian.

Untuk keterangan lengkap : lihat laman web dibawah:-

http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1775&Itemid=48

Sunday, August 21, 2011

Majils Berbuka Puasa Di Masjid Machang Bubok - anjuran JKKK Jalan Gajah Mati - Machang Bubok

Majlis berbuka puasa anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok diadakan pada hari Ahad, 21-Aug-2011.
1. Ianya diadakan dengan perbelanjaan diatangggung oleh JKKK hasil dari kutipan kewangan penganjuran pasar ramadhan dan pasar minggu.
2. Makanan disediakan dengan pertolongan "Tukang Masak Masjid, iaitu Bang Li Tok Siak , Sham dan rakan rakan.
3. Majils bermula sekitar jam 7:10 petang dan dimulai dengan majlis tahlis & doa kesyukuran.
4. Antara juadah berbuka puasa yang disediakan adalah Nasi putih / lauk gulai ikan bawal, ikan tamban kering koreng, ulam-ulaman.
5. Ulam-ulaman & sambal disponsor oleh Saudara Rosli Musa.
6. Kueh-muih turut disponsor oleh tetamu yang hadir.

Syukur Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kerjasama semua.

Monday, August 15, 2011

Program sumbangan kepada Warga Emas & Fakir Miskin anjuran JKKK & PAS Cawangan Machang Bubok

Program sumbangan kepada Warga Emas & Fakir Miskin anjuran JKKK & PAS Cawangan Machang Bubok
  1. Program sumbangan diadakan sempena Bulan Ramadhan yang mulia.
  2. Diadakan pada hari Ahad / 14-Ogos-2011 / Jam 9:30 pagi.
  3. Seramai 25 orang penerima yang layak dijemput (termasuk 2 orang Saudara Baru).
  4. Sumbangan beras adalah daripada Ustaz Subri Arshad (diamanahkan kepada beliau oleh waris kepada salah seorang ahli PAS yang mmebayar fidyah bagi pihak Ayahnya). 
  5. Sumbangan juga diterima dari tabung JKKK hasil dari penganjuran Pasar Minggu / Pasar Ramadhan.
Agenda:-
  1. Ucapan Pengerusi Majlis (Mohamad Puzi Awang - s/u PAS Machang Bubok / s/u JKKK)
  2. Ucapan oleh Pengerusi JKKK , merangkap Ketua Pas Cawangan Jalan Masjid Machang Bubok (Haji Ismail Elin).
  3. Perasmian dilakukan oleh Ust Mohd Bakar Awang (Timbalan Pesuruhjaya Pas Kawasan Bukit Mertajam). 
  4. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi (salah seorang pembantu Imam Masjid Machang Bubok).
  5. Penyampaian hadiah kepada penerima yang layak. Hadiah sumbangan disampaikan oleh Perasmi (Ust Bakar), Pengerusi Masjid Machang Bubok (Haji Saad bin Din & Haji Salleh Itam)
  6. Penyampaian cenderamata kepada perasmi & Ust Suhaimi yang menyampaikan tazkirah.
  7. Majlis ditutup dengan memnaca tasbih kifarah & surah An-As.
Program penyampaian sumbangan turut dijayakan dengan kehadiran wakil Masjid Machang Bubok dan dibantu oleh ahli PAS Machang Bubok).

Program berakhir jam 11 pagi.

TERIMA KASIH semua.