email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Friday, December 3, 2010

Ketua UMNO machang bubok dituduh rasuah - harap harap SPRM silap...taklah cemar nama machang bubok


BUTTERWORTH: Bekas Pengurus Tekun Nasional Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah wang Skim Pinjaman Bazaar Ramadan 2008 berjumlah RM9,000 pada 2008.

Sabaruddin Md Hashim, 46, dituduh memasukkan tiga keping cek masing-masing bernilai RM2,955.15 ke dalam akaun bank isterinya Noorhayati Othman antara 28 Ogos dan 18 September 2008 di Pejabat Tekun Nasional Pulau Pinang, Taman Selat, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan, isteri Sabaruddin bukan peminjam yang layak di bawah skim berkenaan

Sabaruddin didakwa menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes 22 Oktober ini bagi tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Janariah Abdul Mutalib. - BERNAMA