email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Sunday, July 22, 2012

Aktiviti JKKKN Jalan Gajah Mati-Machang Bubok sempena Ramadhan

Alhamdullilah sempena ramadhan tahun ini, pihak jkkkn sekali lagi mengatur program untuk manfaat semua.

Bazar ramadhan
1. Program bazar ramadhan tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk machang bubok untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
2. Setiap peniaga dikenakan bayaran tapak sebanyak RM150.00
3. Berdasarkan tahun lepas, pihak JKKK menanggung kerugian disebabkan tidak mendapat untung, hanya dapat sedikit lebihan yang terpaksa disalurkan untuk meyediakan surau untuk peniaga / pembeli, bayaran tapak untuk mpsp, dan lain-lain.

Bubur lambuk
1. Turut di biayai oleh JKKK, setakat ini hanya dapat disediakan untuk hari Ahad sahaja.
2. Mendapat kerjasama dari masjid - (menggunakan tukang masak dan kemudahan periok / dapur dari masjid machang bubok)
3. Diedarkan selepas solat Asar.
4. Alhamdulliah, lebih 200 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada semua.
5. Ada pihak yang bertanya dan berminat untuk mencari sponsor dari anak qariah untuk dijadikan acara harian sepanang ramadhan. rasanya masih tak dapat memenuhi permintaan disebabkan ada kakitangan yang bertugas untuk penyediaan bubur bekerja pada hari biasa. jadi setakat ini hanya buat hari ahad sahaja.