email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Monday, August 27, 2012

Banjir kilat di Machang Bubok kembali lagi.

Banjir Kilat di Machang Bubok



1. Hujan lebat sejak dari malam tadi telah menenggelamkan beberapa kediaman di kampung Machang Bubok.
2. Antara tempat yang terlibat dalam banjir kilat ini ialah mukim 17 (kampung pulau pisang), Mukim 17, (Jalan Masjid) serta jalan gajah mati (kampung tok musa).
3. Penghulu Yusuf telah yang berkebetulan berada di Kulim turut hadir meninjau pada lebih kurang jam 12 malam.
4. Turut memaklumkan kepada YB Exco Law Choo Khiang tentang kejadian banjir berulang di Mukim 17 Machang Bubok. Beliau telah meminta En RAju dari Unit Khas MPSP untuk hadir memantau pada malam tadi.
5. YB Tan Hock Leong turut hadir melawat disertai dengan Uncle Poh pada paginya,
6. Bilik gerakan turut dibuka dan menempatkan satu keluarga yang terdiri dari pendudok mukim 16 (berhampiran masjid).
7. Semua bertungkus lumus membantu mangsa banjir, ada Bomba, JPAM3, Polis, serta turut dibantu oleh JKKKP dan JKKKP  serta ajknya. (Untung negeri Pulau Pinang ni, banyak yang prihatin).
Pada malm tadi, pihak JKKKP telah menyediakan makanan untuk makan tengah malam.
8. Sebelah siangnya, YB Tan Hock Leong turut menyumbang untuk penyediaan makanan kepada mangsa banjir.
9. JKM turut hadir pada sebelah siangnya.
10. Apa yang pasti, banjir di Machang Bubok adalah amat sinonim dengan masyarakat disini. Harap manifesto pilihanraya akan datang ialah "Sifar Banjir"......rasanya mangsa banjir amat bersetuju.

Sunday, August 12, 2012

Anugerah Kecemerlangan Akademik anjuran Masjid Machang Bubok

1. Pihak masjid telah mengadakan satu majlis anugerah kecemerlangan akedemik kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan UPKK, UPSR, PMR dan SPM tahun 2011 tang lalu.
2. Program bermula selepas solat asar pada hari Sabtu 11-Ogos-2012
3. Program di acarakan oleh Ust Azrul Saad iaitu salah seorang pembantu Imam, Masjid Machang Bubok
4. Program berakir sekitar jam 6:30 petang.
5. Program diakhiri dengan jamuan berbuka puasa di Balai Lintang Masjid
6. Mjlis berbuka puasa turut dihadiri oleh wakil-wakil JKKK dari sekitar Dun Machang Bubok
7. Dikesempatan yang sama program bantuan warga emas / miskin turut diadakan dimana sumbangan Beras / barangan dapaur di sumbang oleh Zakat Pulau Pinang.
8. Pendaftaran Sumbangan Zakat disalurkn melalui senarai nama yang diberikan oleh Pengerusi JKKK Dun Machang Machang Bubok


9. Seramai 35 orang penerima hadir menerima sumbangan yang disampaikan oleh, Penyelaras JKKK Dun Machang Bubok iaitu Pak Jab yang turut merupakan timbalan pengerusi PKR Cabang Machang Bubok.

Saturday, August 4, 2012

Majlis Berbuka Pusa bersama Warga Tahfiz Taman Machang Bubok

1. Turut dijemput untuk berbuka puasa bersama anak-anak sekolah tahfiz di Surau Taman Machang Bubok
2. Makanan di sponsor olh saudara Gie Pak Sheikh (Rani Samsuddin).
3. Ianya bersempena kenduri aruah bapanya iatu Pak Sheikh Samsuddin.
4. Anak-anak tahfiz kesemunya 12 orang terdiri dari pelajar berumur 7 ~ 15 tahun
5. Dididik oleh seorag Utaz yang amat berdedikasi
6. Turut dihadiri oleh penduduk kampung Machang Bubok iaitu Saudara Bang Mie Janggut, Cikgu Halim, dan lain-lain.
7. Antara penduduk Taman Machang Manis yang hadir ialah En. Mohamad (Pengerusi Surau Taman Machang Manis) serta Saudara Meen (Kedai Runcit).
8. Respect kat semua pelajar yang komited dalam menghafal ayat suci Al-quran
9. Bacaan doa oleh Haji Ismail Elin.
10. Antara juadah berbuka puasa ialah kuih mueh, nasi berlauk kurma daging, ayam masak rendang, dalca timun + nenas dan minumannya air apel dan sirap.
11. Alhamdullilah, semuanya sedap.