email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Wednesday, February 6, 2013

Isu padang - cukup sinonim dengan penduduk Machang Bubok

Isu Padang memang cukup sinonim dengan penduduk Machang Bubok.

1. Machang Bubok merupakan salah satu "Dewan Undangan Negeri" di Pulau Pinang. tapi penduduk Machang Bubok sendiri seolah terpinggir.
2. Setiap orang yang tinggal di Machang Bubok amat sensitif tentang isu padang.
3. Diceritakan orang, pernah pada suatu waktu dahulu, ada kes dimana padang yang sepatutnya ditambun untuk dijadikan padang permainan tidak kesampaian akibat tidak mendapat kebenaran tuan tanah. Malangnya, dana yang diperuntukan oleh pihak kerajaan hancur tanpa mendapat apa-apa hasil, yang mendapat untung adalah tuan tanah itu sendiri, dimana menndapat durian runtuh apabila tanahnya di tambun oleh pihak kerajaan.....maaf, tak banyak maklumat yang diketahui, kiranya tutup buku saja.
4. Isu padang kembali semula bila SK Machang Bubok yang berusia 101 tahun pada tahun ini turut tidak menpunyai padang permainan. Permohonan yang katanya diajukan beberapa kali seolah tidak mendapat tempat dihati pihak atasan (atau tak pernah ada surat yang di hantar ??? ).
5. Pada 2007, satu surat telah dihantar oleh PIBG (yang ditandatangani oleh saya, untuk permohonan padang permainan sekolah), kepada Dato Musa (sewaktu itu adalah Senanor), Surat saya telah dipanjangkan kepada pihak atasan, tetapi tiada penhujung.

6. Pernah juga persoalan ini diajukan sendiri kepada Dato Musa, tetapi jawapan yang sempat diberikan oleh beliau dengan saya adalah seperti berikut.
       a. Kerajaan tak ada duit tahun ini,
       b. insyaAllah akan dimaklumkan kepada pihak berwajib
       c. Kita akan mencuba, tapi tak boleh nak janji.
       d. InsyaAllah, Minggu ini YAB Muhyiddin mai kat Pulau Pinang, Saya akan cuba bawa dia untuk
           melihat sendiri isu ini (seperti dijanjikan pada perjumpaan selepas perasmian Mesyuarat PIBG 2012  yang lalu.....tapi masih tak dak apa-apa progress nya.

7. Akhirnya, surat yang ditunggu-tunggu telah tiba, iaitu surat dari pejabat PPD telah memaklumkan padang telah diluluskan . surat bertarikh 12-Ogos-2009 menjadi satu berita gembira buat penduduk machang bubok.



8. Setelah hampir satu tahun dari tarikh surat yang diterima, apa jadah pun tak nampak progress padang tersebut. Telah juga berusaha dengan memaklumkan isu padang ini kat dalam newspapaer, tetapi seolah tak dak apa yang berlaku. banyak kali cerita kat paper keluar, tapi statusnya tetap sama.



9. Pernah pada satu ketika, telah mengambil kesempatan untuk bertemu sendiri dengan YAB Dato Seri Najib, sewaktu lawatan beliau ke Kulim sempena lawatan "Janji Di Tepati" tetapi tidak kesampaian kerana Dato Seri Najib yang dijangka hadir bersembahyang Jumaat di Masjid Air Merah tiba lewat, Terpaksa memberi surat permohonan melalui Dato Mukhriz Mahathir yang berkebetulan turut hadir di Masjid tersebut.
10. Alhamdullilah, setelah menunggu hampir sebulan, akhirnya surat yang ditunggu-tunggu pun tiba...........



11. Setelah menerima surat tersebut, telah mengambil inisiatif untuk mencari nama "En Yusran Shah" iaitu Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pelajaran, Dato Seri Muhyiddin Yassin.
12. Cuba berhubung dengan En Yusran, tetapi panggilan telah dijawab oleh PA beliau dan seterusnya telah dihubungkan terus dengan fazlina.esa@moe.gov.my, katanya, insyaAllah dah dimasukkan kedalam 3rd. rolling plan. Setelah dilihat dan dicari kat dalam internet, barulah faham iaitu 3rd rolling plan ialah antara tahun 2013 ~ 2015......maknanya lambat lagilah orang kampung nak rasa padang.



13. Itulah serba sedikit mengenai isu padang sekolah..........................................

InsyaAllah, harap ada pihak dapat terus membangkitkan dan menjadikan ianya sebagai isu terutamanya dekat PRU 13 ini supaya ianya menjadi realiti untuk penduduk kampung.

14. Berbalik tentang isu padang tadi, bukan hanya cerita padang sekolah, tapi padang permainan kampung pun masih tak ada.

15. Pernah berjumpa dengan orang kampung, tapi katanya dah banyak kali mintak, tapi tak dapat........mungkin depa mintak guna air liur kut.....dapat pun air liur sajalah.......tak dak hitam putih.

16. Atas inisiatif beberapa sahabat yang prihatin dan bersimpati dengan isu tersebut, satu perjumpaan telah diadakan dan outcome dari meeting tersebut ialah, semua orang patut membuang ideologi politik masing-masing dan bersama-sama bersepakat dalam mendesak / memohon peruntukan untuk pembinaan Padang Permainan dan dewan serbaguna.

17, Homework pun bermula, action item pun diberi...surat carian telah dibuat, harapan untuk mendapat padang masih di tangga yang pertama, banyak lagi anak tangga yang perlu dilalui...
Lot 49 & Lot 2147 adalah antara cadangan.



18. Kutipan tandatangan dari penduduk dilancarkan pada hari jumaat yang lalu, 1-Feb-2013 sebelum solat jumaat. Alhamdullilah sambutan amat menggalakkan.

19. Surat pertama telah diserahkan pada hari minggu yang lalu (Ahad-3 Feb-2013), alhamdullilah, semua sepakat (UMNO / PAS / PKR dan yang tak dak parti turut bersama dalam menyerahkan surat tersebut.

20. Memandangkan surat ini adalah untuk kerajaan negeri Pulau Pinang, platform terbaik adalah melalui JKKKN.

dan ada yang diserah sendiri manakala ada yang dihantar melalui "POS LAJU"


21. Harap pihak JKKKP pun dapat memainkan peranan untuk turut menyerahkan surat ini dengan letter head mereka untuk ditujukan kepada pihak yang dapat merialisasikan harapan penduduk kampung.
Bersama kearah yang lebih baik....

sekian