email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Friday, June 22, 2012

Program Gunting Rambut percuma anjuran JKKK Jalan Gajah Mati~Machang Bubok dengan kerjasama Masjid Machang Bubok

Program Gunting Rambut Percuma



1.Program dianjurkan oleh JKKK Jalan Gajah Mati~Machang Bubok dengan kerjasama Masjid Machang Bubok. Kali ke 2 diadakan selepas sambutan menggalakkan pada awal tahun 2012 yang lalu.
2. Diadakan pada 10 Jun 2012 (Ahad) dari jam 8 pagi hingga 12:30 tengahari
3. Seramai lebih 45 pelajar sekolah telah digunting rambut oleh 2 orang tukang gunting.
4. Tukang gunting adalah terdiri dari mereka yang memangnya dikenali sebagai tukang gunting di Machang Bubok (Sani & Pak Non Janggut- Tmn Jambu)
5. Turut disediakan makanan berupa nasi lemak dan air teh o panas.
6. Pihak masjid memberi kerjasama menggalakkan dengan membenarkan perkarangan masjid dijadikan lokasi menggunting rambut.
7. Pada hari tersebut, keadaan menjadi semakin meriah apabila terdapat upacara akad nikah yang dijalankan di masjid machang bubok (pengantin lelaki dari perlis - anak Li tebang pokok).
8. Semuanya ditaja oleh JKKK (Upah tukang gunting dan Nasi lemak percuma)
9. Alhamdullilah, inilah sedikit sumbangan dari JKKK hasil kutipan dari penganjuran Pasar Minggu yang dijalankan setiap Ahad.