email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Sunday, February 19, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK MAchang Bubok kali ke 28_19-Feb-2012

Alalhamdullillah, pada pagi tadi bermula jam 9 pagi mesyuarat PIBG SK Machang Bubok telah diadakan.
Mesyuarat telah dirasmikan Oleh Dato Musa selaku Pengerusi Asenia Berhad.

Mesyuarat bermula dengan Bacaan Doa selamat oleh Tuan Imam Machang Bubok, Tuan Haji Saad Bin Haji din, seterusnya oleh YDP sesi 2010/2011 iaitu saya sendiri.

Saya banyak menyentuhi mengenai isu padang sekolah. walaupun pada tahun ini telah genap 100 tahun, malangnya masih lagi tiada padang permainan untuk anak -anak sekolah.

turut dibangkitkan ialah mengenai janji Dato untk menyediakan kemudahan PA System untuk dipasang di kantin sekolah masih tidak dilaksanakan seperti dijanjikan dalam Hari penyampaian anugerah pelajar pada bulan november 2011 yang lalu.

Pada pemilihan tahun ini, banyak muka baru membarisi AJK pibg. Antaranya YDP telah disandang oleh Puan Nor Azihah iaitu seorang doktor yang bertugas di hspital Bukit mertajam sementara saya telah "diturunkan pangkat" sebagai Naib YDP. Syukur, sekurang-kurangnya ada calon yang insyaAllah dapat membawa SKMB ke satu tahap yang lebih tinggi berbanding sebelum dan ketika ini.

Semoga SKMB terus cemerlang dengan tenaga baru / semangat baru demi kebaikan anak -anak kita keseluruhannya. -amin-

Friday, February 17, 2012

ADSL Port - Telekom Malaysia TM feedback line ADSL Port tidak mencukupi di Kawasan Bukit Mertajam

ADLS PORT FOR TM NOT AVAILABLE as feedback by TM representative from KL. that why they not able to provide penang free wifi at Masjid Machang Bubok

ADSL Port - Telekom Malaysia TM feedback line ADSL Port tidak mencukupi di Kawasan Bukit Mertajam

Thursday, February 16, 2012

PENANG FREE WIFI kini di Machang Bubok pada 16-feb-2012

PENANG FREE WIFI kini di MACHANG BUBOK

Alhamdullillah setelah permohonan yang diajukan terus kepada pihak berkenaan, permohonan PENANG FREE WIFI akhirnya berjaya direalisasikan pada hari ini (16-Feb-2012). Ianya diharapkan menjadi pemangkin kepada perkembangan IT terutamanya disekitar Machang Bubok.

Diharapkan masyarakat setempat dapat mengambil manfaat atas kemudahan yang diusahakan.
Inilah sedikit sumbangan yang dapat diusahakan oleh pentadbiran JKKKN untuk masyarakat setempat.

mohdpuzi
s/u jkkk jalan gajah mati-machang bubok.

Wednesday, February 15, 2012

Majlis Sambutan Saulidul Rasul Masjid Machang bubok_13-Feb-2012

Majlis Sambutan Saulidul Rasul Masjid Machang bubok_13-Feb-2012
Majlis diadakan pada hari Ahad (13 Feb 2012) yang lalu.
Jamuan Makan tengahari dan persembahan Nasyid oleh pelajar pondok telah disajikan kepada anak qariah yang hadir.
Persembahan nasyid yang ditaja oleh JKKKN adalah satu pembaharuan yang dibawa oleh pentadbiran masjid.
pada malamnya, ceramah maulidul raasul disampaikan oleh Ust Badrul. Hujan lebat yang turun selepas magrib disusuli dengan petir tidak menghalang anaak qariah hadir mendengar ceramah pada malam itu.

alhamdulillah semuanya lancar.

Thursday, February 9, 2012

Acara Pengislaman di Saudara Baru dijalankan di Masjid Machang Bubok

Pada 9-Feb-2011 selepas solat magrib / setelah selesai bacaan Yassin seperti kebiasaan aktivity malam jumaat, satu acara pengislaman saudara baru telah dijalankan di Masjid Machang Bubok. sedikit butiran seperti dibawah:-
1. Peserta : Seorang pemuda berbangsa Cina yang kemudian memperkenalkan dirinnya sebagai Hanif Rashid (selepas acara pengislaaman dijalankan).
2. Dijalankan di dewan sembahyang masjid dan turut disaksikan oleh jemaah yang hadir.
Disempurnakan oleh wakil pejabat Agama (Ust Malik) yang juga merupakan seorang muaalaf berketurunan Iban.
3. Tazkirah disampaikan oleh Ust Malik sebelum program dijalankan.
4. Program dipengerusi oleh Ust Suhaimi yang turut membaca doa penutup selepas majlis diadakan.
5. Turut disertai oleh Imam Taman Jambu (Tn haji Zainol) yang turut terlibat secara langsung dengan acara yang telah diadakan.