email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Monday, November 14, 2011

Hari Anugerah pelajar 2011 SK Machang Bubok

1. Hari Anugerah diadakan pada hari Sabtu - 12- Nov-2011 2. Dato Musa Sheik Fadzir telah dijemput untuk merasmikannya.
3. Turut dihadiri oleh Encik Ramlan Ishak selaku Penyelai Kanan Kemas kawasan Bukit Mertajam.
4. Diiringi oleh pengerusi JKKKP, Saudara Halim.
5. memaklumkan mengenai ketiadaan padang permainan untuk murid-murid, meminta pertolongan dato untuk memanjangkan kepada pihak berkenaan.
6. Dato Musa turut berjanji akan cuba memanjangkan kepada TPM Muhyiddin Yassin yang dijanka akan melawat Pulau Pinang pada 27-hb Nov 2011 akan datang
7. Turut berbincang tentang program berkhatan, dato mencadangkan pada tahun 2012, diminta PIBG buat kat SK Machang Bubok. Pada tahun ini akan dibuat di Tadika Kemas / Balairaya Machang Bubok.
8. Guru Besar Puan Miskiah turut membangkitkan mengenai ketiadaan PA system di Dewan Baru SK Machang Bubok. Dato berjanji akan membiayai peruntukan pembelian PA system.

Alhamdullilah, semuanya lancar.

sambutan hari raya qurban - 2011

Hari Raya Pertama
1. Menyambut hari raya qurban di kampung (simpang 3 , sungai limau, yan Kedah).
2. Satu ekor kerbau ditumbangkan sebagai qurban di rumah Pak kat sungai limau.
3. Qurban adalah dari keluarga kak yah dan abang ghafar.
4. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.
5. Sebahagian dari kurban di buat sup dan diserikan lagi dengan cabai air asam tomato dan juga masak rempah - hati

Hari Raya Kedua
Telah bertolak balik ke Machang Bubok, kerana kena hantar adilah ke asrama SMK Al-Irshad

Hari Raya Ketiga
1. Sekolah SK Machang Bubok turut mengadakan korban (guru-guru).
2. Pada malamnya telah menjemput para waris untuk potong daging & bawang).
3. Tukang masak Masjid menyediakan masakan pada esok paginya untuk di jamu kepada pelajar, guru dan waris.
4. khidmat tukang masak masjid telah di jemput untuk memasak
5. Peralatan memasak diambil dari Masjid (di kecualikan bayaran sewa).


AlhadKempat

Wednesday, October 19, 2011

In Korea - Vendor site visit (19~23 Oct 2011)

Korea vendor Site visit
1. flight details -
To Korea :-
Penang to KL (xx65),
KL ~ Incheon (MH66)

Return bak to Malaysia
return - Korea ~ Penang

1. Stayed at Mate Hotel, Suwon (south from Seoul)
Mate Hotel Suwon,924-7, Guun-Dong, Gwonseon-Gu , Suwon, 443-340
Telephone: 031 278 7780



2. Visit initeriary (20-Sept-2011)
Morning
i). EDD Ltd. (Equipment Design and Development Co., Ltd.)270-2,Yangdae-Ri,Ipjang-Myeon,Cheonan-Si,Chungnam,Korea.331-822

Afternoon
ii). Greenspec Inc. Headquarters : 90-4, Galgot-ri, Jinwi-myeon,Pyeongtaek-si, Gyeonggi-do, 451-862 Korea

iii). PKI Corporation
103-51, DIGITAL EMPIRE 11, B/D 486 sin-dong, Yeoungtong-Gu, Suwon-si, Gyeongggi-Do, Korea

Return back to Hotel after having dinner at Halal restaurant near Suwon Train station.



3. Visit initeriary (21-Sept-2011)
i). EQ Bestech
160-2, Pyogyori, Majangmyon, Icheon-city, Kyunggi-do, Korea
Afternoon
ii). M&E Inc. 
skィレTechnopark Mega Center #206, 190-1 Sangdaewon-Dong, Joongwon-Gu, Seongnam-City, South Korea 462-120
 Homepage : http://www.mnee.com/

Return back to Hotel after having dinner at Halal restaurant near Suwon Train station. Reach hotel, left the bag and then out to E-mart for window shopping . (5 min walk from Mate Hotel)

Tuesday, October 4, 2011

Masalah kesesakan akibat projek JKR dihadapan persimpangan lampu isyarat Jalan Gajah Mati

1. Perjumpaan diadakan bersama dengan agensi kerajaan negeri yang terlibat bersama dengan Exco berkaitan.
2. Pemberita turut hadir semasa pertemuan tersebut.

Maklumat seterusnya, lihat link dibawah:-
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/10/6/north/9639075&sec=North

Monday, October 3, 2011

Silterra EHS Week 2011 - persembahan boria dari SK Machang Bubok

Persembahan Boria SK Machang Bubok Sempena Silterra EHS Week 2011 (24-Okt-2011)

1. Alhamdullillah, pada hari ini, SK Machang Bubok telah melakar satu lagi sejarah baru di mana murid - murid sekolah telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Silterra EHS Week 2011.
2. Pihak sekolah yang disertai oleh 19 pelajar bersama guru pengiring telah datang awal untuk menjalankan rehersal.
3. Program persembahan boria bermula dengan lancar selepas CEO Silterra Dr. Kamarulzaman melancarkan miggu EHS untuk tahun 2011.
4. Persembahan dimulakan dengan Sketsa dan seterunya persembahan Boria yang bertajuk "Satu Malaysia".
5. Walaupun ianya berkisar tentang "Satu Malaysia", tetapi, motif disebaliknya ialah kita bersama-sama sebagai satu Bangsa Malaysia untuk membangaunkan negara sesuai dengan status Silterra sebagai GLC.
6. Syukur, Hasrat untuk mendedahkan murid kepada aktiviti luaran mencapai objektifnya.


-mohdpuzi-
YDP PIBG SK Machang Bubok.


Friday, September 30, 2011

Program Gotong Royong dan bacaan Yassin sempena pembukaan sekolah baru SK Machang Bubok

Program yang dirancang demi untuk mebantu pihak sekolah menyusun beberapa peralatan seperti meja gu, cabinat untuk kelas dan sebagainya bermula lebih kurang jam 8:30 pagi

Wednesday, September 21, 2011

2 Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Machang Bubok secara rasmi diserahkan pada pihak sekolah selepas hampir 2 tahun dibina.

2 Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Machang Bubok secara rasmi diserahkan pada pihak sekolah selepas hampir 2 tahun dibina

1. Dua Bangunan baru ini dibina menggantikan bangunan lama yang reput dan merbahayakan pelajar.
2. Bangunan Baru 4 tingkat turut menempatkan bangunan Pra-sekolah pada salah satu bangunannya.
3. Selamat diserakan pada 19-Sept-2011.
4. Dijangka dibuka dalam masa terdekat.
5. Walaubagimanapun, padang sekolah masih belum diluluskan untuk di tebus guna.

Program Basmi Denggi anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok bersama Masjid Machang Bubok di Kampung Tok Musa - 16-sept-2011 (Jumaat)

Program Basmi Denggi di kampung Tok Musa - 16-sept-2011
1. Program dijalankan oleh JKKK Jalan Gajah Mati dengan kerjasama Masjid Machang Bubok
2.Program dijalankan atas saranan Pejabat Kesihatan Bukit Mertajam disebabkan terdapat kes denggi di Kawasan Mukim 16, Machang Bubok
3. Pihak Masjid turut mengalukan turun padang membantu program yang dijalankan
4. Program bermula jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 11 pagi
5. Hampir 25 ~ 30 orang pendudok turut serta. sambutan yang dikira amat menggalakkan memandangkan pengumuman hanya dilakukan pada malam sebelum nya.
6. Makanan disediakan dengan peruntukan dari JKKK

Pihak JKKK mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program.

Sekian
mohdpuzi

Tuesday, August 30, 2011

Sambutan Hari Raya - Sambutan di Machang Bubok

Sambutan Hari Raya
1. Inilah sambutan hari raya yang pertama di Machang Bubok. Maklumlah inilah sambutan kali pertama di rumah sendiri.
2. Pergi sembahyang raya di Masjid Machang Bubok.
- Solat hari raya di imamkan oleh Ust Azrul dan kutbah disampaikan oleh Haji Salleh Itam.
- Antara isi kutbah ialah:-
a. Harap semua penduduk dapat memartabatkan institusi masjid sebagai rumah Allah, Diharapkan penduduk dapat memanfaatkan program tazkirah, ceramah dan pengajian yang diadakan di masjid.
c. Berharap tiada membawa politik sempit kedalam intitusi masjid.
d. Teguran membina amat digalakkan.
e. Mengucapkan dan mengalukan warga machang bubok dari perantauan yang pulang kekampung berhari raya. Turut memohon supaya warga machang bubok yang pulang dari perantauan dapat turut menyumbang buah fikiran demi kebaikan institusi masjid di kampung mereka. Sumbangan kewangan dari hartawan turut dialu-alukan.
f. Turut mengalu-alukan warga asing seperti dari Indonesia, Myammar, Kemboja, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain yang beraya di kampung machang bubok. Jamuan hari raya untuk warga asing diadakan selepas solat aidil fitri di halaman masjid. Ini sebagai meraikan warga asing se-agama yang turut berhari raya di Machang Bubok. Meraka adalah sebahagian yang turut menyumbang dalam pembangunan negara.

Sebelah malamnya balik kampung untuk bersama keluarga - buat bakar satay.



Wednesday, August 24, 2011

Fatwa mengenai Tapak Masjid Machang Bubok

Berikut adalah fatwa yang diambil dari fail FMS (Fatwa Management System) mengenai kedudukan Tanah tapak Masjid Machang bubok.

FATWA

Kedudukan Tanah Tapak Masjid Machang -Bubak & Pembinaan Sebuah Bangunan Kelas Agama di atas Kawasan Lapang Tanah Yang Sama

Bahasa Asal        : Melayu
Negara Asal        : Malaysia
Tahun                  : 1983
Pengarang           : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Rujukan              : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang
Nota                   : Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989
 
Soalan:

1) Lot 2140 ( lot lama 689 (2) ) dan lot 2144 ( lot lama 690 (3), Mk. 16, S.P.T. adalah merupakan 2 bidang tanah yang telah di jual oleh tuan tanah iaitu AI-Marhum Tuan Haji Ahmad Bin Hussain kepada:-
1) Haji Ahmad B. Haji Hussain
2) Haji Harun B. Lebai Othman
3) Samsudin b. Hj. Ahmad
Mengikut Interim Register, ketiga-tiga mereka' didaftarkan setagai Pemegang Amanah kepada kedua-dua tanah tersebut. Walau bagaimanapun tanah tersebut tidak dicatitkan di dalam Conveyance 1060/106 sebagai tanah waqaf dan ketiga-tiga pembeli itu hanya dicatitkan sebagai Pemegang Amanah kepada Masjid Machang Bubok. Pada masa ini terdapat sebuah bangunan masjid yang dibina di bahagian penjuru kedua-dua lot tersebut, manakala kawasan lain di sebelah masjid itu merupakan tanah tapang. Soalannya, bolehkah ditentukan samada tanah lot 2140 dan lot 2144 itu boleh diterima atau tidak sebagai tanah waqaf, masjid Machang Bubok.

2. Bolehkah dibina dan didirikan sebuah bangunan kelas agama di atas tanah lapang tersebut. Bangunan yang dicadangkan berupa bangunan kayu bercampur bata berukuran 20 x 70 kaki. Peruntukan bagi membina kelas ini yang disediakan oleh Pejabat Daerah Bukit Mertajam dijangka dapat menampung seramai 90 orang murid untuk mengikuti pelajaran ugama.

Jawapan:

1) Tanah Lot 2140 dan lot 2144 adalah jelas kedudukannya sebagai tanah waqaf masjid Machang Bubok. Ini berdasarkan kepada kenyataan yang zahir iaitu terdapat sebuah masjid di atas tapak itu dan juga masjid berkenaan mempunyai pemegang Amanah yang menguasainya.
سئل رضى الله عنه عما إذا وجدنا صورة مسجد ولم تدر هل وقف مسجد أم لا.فهل تثبت له أحكام المساجد؟ فاجاب بقوله الظاهر أنه يثبت له ذلك عملا بظاهر الحال.-الفتاوى الكبرى لأبن حجر الهيتمي ص 265.
Yang bermaksud: Telah ditanya, jika kita dapati bentuk masjid dan tidak diketahui adakah ia waqaf masjid atau tidak, adakah sabit hukum masjid?Jawabnya: Yang zahir adalah sabit bagi bangunan itu hukum masjid berdasarkan kepada kenyataan zahir.

2. Boleh dibina apa-apa bangunan di atas tanah yang diwaqafkan untuk masjid dengan syarat tidak menganggu kehormatan masjid dan boleh dipecahkan apabila diperlukan untuk perluasan masjid.

Sekian.

Untuk keterangan lengkap : lihat laman web dibawah:-

http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1775&Itemid=48

Sunday, August 21, 2011

Majils Berbuka Puasa Di Masjid Machang Bubok - anjuran JKKK Jalan Gajah Mati - Machang Bubok

Majlis berbuka puasa anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok diadakan pada hari Ahad, 21-Aug-2011.
1. Ianya diadakan dengan perbelanjaan diatangggung oleh JKKK hasil dari kutipan kewangan penganjuran pasar ramadhan dan pasar minggu.
2. Makanan disediakan dengan pertolongan "Tukang Masak Masjid, iaitu Bang Li Tok Siak , Sham dan rakan rakan.
3. Majils bermula sekitar jam 7:10 petang dan dimulai dengan majlis tahlis & doa kesyukuran.
4. Antara juadah berbuka puasa yang disediakan adalah Nasi putih / lauk gulai ikan bawal, ikan tamban kering koreng, ulam-ulaman.
5. Ulam-ulaman & sambal disponsor oleh Saudara Rosli Musa.
6. Kueh-muih turut disponsor oleh tetamu yang hadir.

Syukur Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kerjasama semua.

Monday, August 15, 2011

Program sumbangan kepada Warga Emas & Fakir Miskin anjuran JKKK & PAS Cawangan Machang Bubok

Program sumbangan kepada Warga Emas & Fakir Miskin anjuran JKKK & PAS Cawangan Machang Bubok
  1. Program sumbangan diadakan sempena Bulan Ramadhan yang mulia.
  2. Diadakan pada hari Ahad / 14-Ogos-2011 / Jam 9:30 pagi.
  3. Seramai 25 orang penerima yang layak dijemput (termasuk 2 orang Saudara Baru).
  4. Sumbangan beras adalah daripada Ustaz Subri Arshad (diamanahkan kepada beliau oleh waris kepada salah seorang ahli PAS yang mmebayar fidyah bagi pihak Ayahnya). 
  5. Sumbangan juga diterima dari tabung JKKK hasil dari penganjuran Pasar Minggu / Pasar Ramadhan.
Agenda:-
  1. Ucapan Pengerusi Majlis (Mohamad Puzi Awang - s/u PAS Machang Bubok / s/u JKKK)
  2. Ucapan oleh Pengerusi JKKK , merangkap Ketua Pas Cawangan Jalan Masjid Machang Bubok (Haji Ismail Elin).
  3. Perasmian dilakukan oleh Ust Mohd Bakar Awang (Timbalan Pesuruhjaya Pas Kawasan Bukit Mertajam). 
  4. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi (salah seorang pembantu Imam Masjid Machang Bubok).
  5. Penyampaian hadiah kepada penerima yang layak. Hadiah sumbangan disampaikan oleh Perasmi (Ust Bakar), Pengerusi Masjid Machang Bubok (Haji Saad bin Din & Haji Salleh Itam)
  6. Penyampaian cenderamata kepada perasmi & Ust Suhaimi yang menyampaikan tazkirah.
  7. Majlis ditutup dengan memnaca tasbih kifarah & surah An-As.
Program penyampaian sumbangan turut dijayakan dengan kehadiran wakil Masjid Machang Bubok dan dibantu oleh ahli PAS Machang Bubok).

Program berakhir jam 11 pagi.

TERIMA KASIH semua. 

Saturday, July 23, 2011

Program promosi Pasar Minggu dan Pelancaran Pasar Ramadan 2011

Program Promosi Pasar Minggu dan Pelancaran Pasar Ramadan 2011
  1. Program dijalankan bersempena dengan promosi pasar Pagi dan Sambutan Pasar Ramadan
  2. Pra Pelancaran telah diadakan pada 2 minggu yng terdahulu dimana sebanyak 5 hadiah cabutan bertuah telah diberikan kepada pengunjung bertuah.
  3. Program kemuncaknya adalah pada 24-Jul-2011 dimana sebanyak 20 hamper hadiah telah disediakan kepada pengunjung bertuah.
  4. Program turut deserikan lagi dengan kehadiran 2 wakil dari Ahli majlis iaitu Cik Rynu  yang mewakili YB Tan Hock Leong serta Encik Ahmad Kaswan bagi pihak MPSP.
  5.  Agenda program:-
    • Dimulakan dengan Bacaan doa yang dibaca oleh Ustaz Hushaimi
    • Ucapan pengerusi JKKK - En Ismai Elin
    • Ucapan perasmian oleh Saudara Ahmad Kaswan mewakili Ahli Majlis MPSP.
    • Penyampaian hadiah kepada pemenang hadiah cabutan bertuah
    • Hadiah penyampaian disempurnakan oleh En Ahmad Kaswan dan Cik Rynu.
    • Seterusnya diteruskan lagi dengan sumbangan cenderamata kepada perasmi dan wakil YB Tan Hock leong.
    • Jamuan makan turut disediakan kepada semua tetamu / pengunjung yang hadir 
    • Program yang bermula sejak 9-pagi tamat hampir 11 pagi.

Sukan Tahunan SK Machang Bubok 2011

Sukan Tahunan SK Machang Bubok 2011
  1. Sukan tahunan telah diadakan pada 21-jul-2011 (khamis) bertempat di Stadium MPSP di jalan Betik Bukit Mertajam
  2. Sukan tahunan kali ke 44 ini dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Encik Shamsuddin. Tutut mengiri beliau pada hari tersebut ialah En Jufri iaitu pegawai bahagian aduan PPD SPT.
  3. Sambutan dari murid / waris amat menggalakkkan. Bas terpaksa digunakan utuk mengagkut pelajar dan waris yang tida kemudahan pengangkutan. (Bas terpaksa berulang-alik sebanyak 4 trip.
  4. Alhamdullillah, program berjalan dengan lancar sehingga ke penghujung.

Program Israk Mikraj Anjuran Masjid Machang Bubok - 3-jul-2011

Program anjuran Qaryah Masjid bersama Generasi Pewaris MAIPP.

Saturday, July 9, 2011

Visit Semicon West Exhibition - 8 Jul 11 ~ 15 jul 11

Berkesempatan untuk hadir ke Semicon West dekat San Francisco California

8-Jul-11
1. Bertolak dari Penang (8-Jul) dengan Cathay Pacific - CX 692 (depart pukul 7:45pagi) dan transit kat Hong Kong pukul 11:35 lebih.
2. Flight Delay dari Hong Kong ke San francisco (CX 870) . patut depart pukul 2:05pm, tapi delay sampai pukul 3:20pm.
3. Sakit perut dan cirit birit sepanjang perjalanan. (Atas flight Pen ~ HK) 2 kali, kat HK airport 2 kali, Lepas tu atas HK ~ SF flight 3 kali, sampai kat hotel pulak 2 kali. Nasib baik tak cirit birit. Dahlah dudok kerusi tengah. (38B), kesian kat mat saleh yang kena bangun bagi laluan.
4. sampai hotel, relax dan seterusnya keluar jalan-jalan kat dekat-dekat Town. Pi china town, beli baju sejuk (USD 16.00 - lebih kurang RM 45.00).
5. Balik hotel, terus terlelap. Tapi jaga pukul 1 pagi. Terus call kat family kat M'sia.

9-Jul-11

10-Jul-11

11-Jul-11

12-Jul-11 (Selasa)
1. Full day at Semicon West show. Seronok tengok exibition sampai tak rasa lapar.
2. Malam tu makan kat Fisherman Warf
3. Ratah Udang & Ketam. (AMAT vendor - KC Thong belanja)
4. Receipt mai, tengok jumlah harga tak mahal sangat (kata KC Thong berbanding S'pore) , cuma USD 269 (including tip : USD 300)......Orang sini pelik sikit, Tips is consider compulsary.

13-Jul-11 (Rabu)
1. Attend Semicon exibition on 2nd day.
2. Had meet vendor from 9 ~ 10 (Foresight)
3. At 10:30, Continue meeting with CAE (Ms Jasvir Singh) regarding tool to sell and tool to buy (assignment given last minutes by Kader / Anki)
4.  around 11:20, had meet my team at WCQ booth, meet KG & Dan. Walk out toward Dan Hotel (Dan car there).
5. Move to Milpitas and take lunch at one of the Halal Restaurant at Milpitas.
6. cehck in at Courtyard Marriott Hotel. (emmm ..harga boleh tahan jugak, USD 189 lebih kurang satu malam)
7.  Letih sangat terus tertidur.
8. Bangun pukul 6 petang, lepas sembahyang jamak / qasar, terus keluar pi makan kat Milpitas town.
9. ronda - ronda pekan milpitas, seterusnya balik hotel.
10. check for any latest mail, before sleep.



Fr
14-Jul-11

15-Jul-11

16-Jul-11


Thursday, June 23, 2011

Program Israk Mikraj anjuran Qaryah Masjid Machang Bubok bersama Generasi Pewaris MAIPP

Program Sambutan Israk Mikraj Masjid Machang Bubok
Tarikh : 3hb Julai 2011 (AHAD) bersamaan 1 Syaaban 1432H
qJam : 8 pagi ~ 11 Malam
qTempat : Laman Masjid Machang Bubok, Padang Awam Perkampungan Machang Bubok, Gelanggang SepakTakraw Dewan Orang Ramai.
Penyertaan : Penduduk Qaryah Machang Bubok sahaja

Perasmian oleh Ust Ahmad Tajuddin Abu Bakar - AJK Pembangunan dan Penyelaras Qariah Masjid MAIPP

Ceramah Perdana Israk Mikraj disampaikan oleh Ust Rosidi Husin - Pengerusi Generasi Pewaris MAIPP

q
   
Acara yang turut diadakan :-
Sukan: Bolasepak 9 sebelah & Sepaktakraw
Sepakraga Bulatan
Congkak dan Kukur Nyior

Tadarus Quran (untuk pemuda dan belia)
Sukaneka (untuk pelajar-pelajar 8 – 12 tahun)

* Pakaian peserta hendaklah bersesuaian dan menutup aurat
 
Ceramah Perdana selepas Solat Isyak dan disusuli dengan Penyampaian Hadiah kepada pemenang

Tuesday, April 12, 2011

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Bukit Mertajam

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Bukit Mertajam
Mesyuarat diadakan pada hari Ahad, 10-Apr-11, Jam 8:30 pagi.

Wednesday, March 23, 2011

MTA Exibition at Singapore Expo (23 Mac ~ 26 Mac)

Hadir ke MTA Singapore dari 22-Mac ~ 25 Mac yang diadakan di Singapore Expo.

Majlis Perasmian Bilik Komputer tajaan MBSB



gambar guru besar, Puan Miskiah dan Mantan Guru Besar, Tuan Haji Mohd Shariff Ahmad berserta wakil MPSB selepas perasmian makmal komputer.

Sunday, March 6, 2011

Mesyuarat Agung Masjid Qaryah Machang Bubok - 6-Mac-2011

Mesyuarat Agung Masjid Qaryah Machang Bubok

Serba ringkas maklumat
Tarikh : 6-Mac-2011
Masa : 9:00 pagi ~ 12:45 Tengahhari
Tempat : Dewan Astaka Masjid Machang Bubok

Agenda Majlis:
1. Aluan Pengerusi Majlis : Abdul Kadir bin Wahab
2. Bacaan Doa : Tuan Imam Haji Saad Bin Din
3. Ucapan Aluan Pengerusi Masjid : Haji Hussin Bin Haji Harun
-berharap anak qaryah dapat memaksimumkan penggunaan masjid untuk kebajikan semua.
- mengambil peluang atas program Mesyuarat Agung untuk menyampaikan maklumat / cadangan demi untuk kebaikan anak Qaryah.
- berharap dapat dijalankan dalam suasana kekeluagaan.

4. Ucapan Perasmi : En Yusuff Bin Hamid (Penghulu Machang Bubok - Penghulu Kanan)
- Mengucapkan terima kasih atas jemputan pengurusan masjid untuk hadir merasmikan program.
- Berharap mesyuarat dapat dijalankan dengan baik demi kebaikan semua. Turut mengucapkan tahniah atas pengurusan masjid yang mengadakan Mesyuarat Agung tahun ini, berbanding sesetengah masjid yang tidak mengadakan Mesyuarat Agung hampir lebih 10 tahun.
-Memaklumkan bahawa terdapat permintaan sumbangan untuk surau sekitar Qaryah Machang Bubok, berharap pihak Masjid dapat menyelaras dan memantau surau-surau tersebut demi memantapkan pentadbiran kedua-duanya (Masjid & surau)

5. Mesyuarat Agung dijalankan.
Pengerusi Mesyaurat - Haji Salleh Itam
Pencatit Minit Mesyuarat - Saudara Ahmad & Setiausaha sendiri - Abdul Kadir Wahab 

Antara usul yang dibangkitkan :
1- Mencadangkan pihak masjid menjadi pengantara antara JKKKN dan JKKKP demi kebaikan semua terutamanya dalam menyelaras peruntukan dari Negeri & Pusat.

sekian
mohamad puzi

Sunday, February 6, 2011

Sambutan Peniaga & Pengunjung Pasar Pagi anjuran JKKK Jalan Gajah Mati - Machang Bubok amat menggalakan

Sambutan Peniaga & Pengunjung Pasar Pagi anjuran JKKK Jalan Gajah Mati - Machang Bubok amat menggalakan

Pasar Pagi yang dijalankan setiap hari ahad di persimpangan Jalan ke Taman Machang Bubok dibawah kelolaan JKKK Mati - Machang Bubok amat menggalakkan.
  1. Sambutan dari peniaga amat menggalakkan. Semua 158 petak perniagaan habis ditempah.
  2. Terdapat lebih 40 peniaga yang berminat untuk turut menjalankan perniagaan mendaftar sebagai "reserve list".
  3. Peniaga turut menyuarakan supaya pihak penganjur dapat menyediakan pasar malam dan pasar ramadan untuk puasa yang akan datang.
  4. Pasar pagi yang mula dibuka mulai dibuka pada 30-Jan-10 turut dirasmikan oleh Wakil ADUN Machang Bubok, Rynu (Ahli Majlis MPSP). Bacaan doa disempurnakan oleh Tuan Imam Masjid Qariah Machang Bubok.

Gambar menunjukkan salah seorang peniaga menerima apron dari Wakil YB sambil diperhatikan oleh wakil peniaga dan Pengerusi JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok

Thursday, January 27, 2011

Semicon 2011 Seoul Korea - 26-Jan ~ 29-Jan-2011

Hadir ke Seoul Korea, ambik flight 24-Jan (7:35pm) dari Penang, transit kat KL, ambik flight MH066 dari KLIA to Seoul.

1st Day.
1. Sampai Seoul lebih kurang pukul 6:35 pagi, cuaca betoi-betoi sejuk, -12 darjah Celcius. Kena pakai baju dua tiga lapis.

2. Window shopping around Seoul Town. Beli Strawberry, WON 7000. Sedap.

3. Makan maggi dan roti 4 segi + Tuna

Wednesday, January 19, 2011

Pembukaan Pasar Pagi Anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok

Pembukaan Pasar Pagi Anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok

Maklumat :
Pendaftaran & Lawatan Tapak : 23-Jan-2010
Pembukaan rasmi Pasar Pagi : 30-Jan-2011

Bayaran tapak : RM 4.00 satu tapak perniagaan (baar setiap kali berniaga)
Pendaftaran : RM40.00 untuk satu tapak
-----------------------------------------------------------------

Pendaftaran yang berjalan kelmarin dilapurkan mendapat sambutan yng menggalakkan.
Frust juga kerana tak dapat turut membantu rakan-rakan yang lain, (personal problem - brother in-law pass away at Sg. limau, Guar Chempedak).

Walaubagaimanapun berkesempatan hadir pada malamnya untuk membincangkan tentang pendaftaran, dan stategi yang perlu untuk melancarkan pembukaan pada 30-Jan-2011

Monday, January 17, 2011

Pekerja Nepal Mati Atas Pokok Kelapa di Machang Bubok

Banyak versi cerita yang di dengar...Ada kata pemuda Nepal tu panjat pada lebih kurang waktu pagi, 24 jam sebelum ditemui mati. Ada yang kata panjat pukul 10 malam (panjat pokok pukul 10 malam, lepas tu duduk atas pokok 12 jam sebelum mati).

Apa yang pasti, pemuda nepal tu tak patut mati jika kesalahannya hanya curi buah di dusun orang. Sama-sama fikirkan.

Sedutan dari berita harian:

Warga Nepal mati atas pokok kelapa
Oleh Fuad Hadinata Yaacob
bhnews@bharian.com.my
2011/01/14

Elak daripada ditangkap selepas ceroboh dusun

BUKIT MERTAJAM: Seorang warga Nepal yang melarikan diri dengan memanjat pokok kelapa selepas menceroboh kebun durian di Kampung Tok Muda, Machang Bubuk, di sini malam kelmarin, ditemui mati di atas pelepah pokok itu, pagi semalam.
Kematian lelaki berusia 20-an yang tidak memiliki dokumen pengenalan, disedari jam 10 pagi semalam dengan lilitan tali pinggang di lehernya, iaitu selepas hampir 24 jam berada atas pokok setinggi kira-kira 20 meter. Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengalami kesukaran membawa turun mayat lelaki itu, terpaksa meminta bantuan penduduk kampung dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Pemilik kebun, Arshad Abu Seman, 30, berkata kira-kira jam 10 malam kelmarin, beliau bersama beberapa rakan ke kebun untuk mencari durian dan terserempak beberapa lelaki yang kemudian melarikan diri dan seorang daripada mereka yang dipercayai ketakutan, memanjat pokok kelapa.

“Kami memujuk lelaki itu turun tetapi dia enggan dan membaling kelapa ke arah kami,” katanya sambil menambah mereka meninggalkan lelaki itu sendirian selepas menunggu beberapa lama.

Kematian disedari pagi semalam selepas sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, tiba untuk memberi bantuan tetapi mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia.
Pegawai Bomba II Rejab Ahmad, berkata pihaknya menghadapi kesukaran dan mengambil masa lama membawa turun mayat di celah pelepah kelapa.

Sementara itu, Mohd Ridzuan Shahak, yang membawa turun mayat, berkata beliau mendapati mulut mangsa berdarah dan kesan gigitan kerengga di muka serta badan, selain lilitan tali pinggang di leher.
berita semasa dari machang bubok





Gratisan Musik