email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Sunday, November 18, 2012

Hadir ke Muktamar PAS ke 58 - PUTIK Kelantan



Gambar kenangan kat rumah yang disewakan oleh PAS Kawasan

Gambar berlatar belakang signbord rumah yang disewakan

Gambar kenangan bersama rakan perwakilan yang lain dari Bukit Mertajam sewaktu rehat.

1. Hadir ke Muktamar PAS ke 58 - PUTIK Kelantan mewakili PAS Kawasan Bukit Mertajam (16 ~ 18 Nov 2012
2. Bertolak sekitar jam 2:45 petang dari machang bubok dan sampai ke PUTIK sekitar jam 9 malam.
3. Alhamdullillah, dengan kewangan PAS yang serba kekurangan, kami bermalam di tempat bernama PANJI - rumah yang disewakan oleh PAS Kawasan dengan kemudahan ala kadar.
4. Turut dihadiri oleh Pengerusi PAS Kawasan (Pak Ndak Saad), Setiausaha (Shafee), Penerangan (Adnan) ser Mohd Noor, salah seorang AJK PAS Kawasan.
5. Ahmad Kaswan turut menyertai pada hari ke 2, dan Tuan Haji Fisol pada hari ke 3.
6. Bertolak balik selepas Muktamar pada hari Ahad lebih kurang jam 3 petang, dan sampai ke Machang Bubok sekitar jam 2 pagi.
7. Satu pengalaman yang begitu bernilai.



Monday, November 12, 2012

Majlis berkhatan anak - 9-Nov-2012

Majlis berkhatan



1. Majlis berkhatan anak ketiga dijalankan di Jitra (rumah kakak) bersama sepupu yang lain
2. Kesemua 4 orang (Anak - Asyraf, Anak saudara - Qatib, Amzi dan Aiman)
3. Dijalankan di klinik Dr Thibrani di Jitra bermu;a jam 10:50 pagi.
4.
 

Banjir kilat di Machang Bubok kembali lagi - 8-Nov-2012


Banjir kilat di Machang Bubok kembali lagi - 8-Nov-2012

 
1. Hujan lebat sejak jam 3 petang
2. Melibatkan hampir 40 buah kampung
3. Antara kampung terlibat ialah, Kampung Masjid, Kampung Tok Musa, Kampung Tok Konam
4. Menjemput wakil dari Sinar Harian untuk melihat sendiri salah seorang mangsa banjir yang rumahnya turut dimasuki air iaitu En Ismail Elin yang juga selaku Pengerusi JKKKN Jalan Gajah Mati-Machang Bubok
5. Harap pihak JKM dapat melihat bagaimana berlaku keciciran dari segi bantuan dari "Federal". Beliau antara mangsa yang "by default" akan terlibat dengan banjir. tapi mungkin ada tangan tangan *jahiliah yang menidakkan bantuan tersebut.

*jahiliah - jahil atas kerja dan tugas yang diamanahkan.

Monday, November 5, 2012

Pantai Merdeka - 3-Nov-2012

Pantai Merdeka - 3-Nov-2012

1. Bawa anak ke Pantai Merdeka, bertolak dari rumah lebih kurang jam 6 petang, ikut highway, turun sugani petani.
2. singgah sembahyang dan makan kat sungai Petani (lebuh-raya SP Selatan)
3. Sampai lebih kurang 9 malam.
4. Makan satay / ayam (joint keluarga Mak Pah & Famili )
5. Tidor kat sana - chalet RM180 satu malam kat Merdeka Chalet
6. Ammar & Asyraf mandi dari lepas subuh sehingga jam 10 pagi
7. Naik bot pergi Tanjung Dawai
8. Pergi kat Kuala Muda - tempat beli ikan stail bisik-bisik.
9. balik ikut penaga, sampai rumah lebih kurang jam 3:45 petang

Hari Anugerah SK Machang Bubok - 3-Nov-2012

Hari Anugerah SK Machang Bubok - 3 Nov-2012
Menyampaikan hadiah kepada adik badrul munir (anak sabir)

anugerah tokoh pelajar - akedemik / kokurikulum

1. Program diadakan pada 3 Nov 2012 bermula jam 8:00 pagi
2. Program bermula dengan bacaan doa oleh Ust Malik
3, Seterusnya Ucapan Aluan oleh Guru Besar - Puan Miskiah Binti Abdul Aziz
4. Seterusnya ucapan oleh NYDP yang terpaksa mengantikan YDP yang tak dapat hadir. Seperti biasa mengucapkan tahniah kepada semua murid-murid yang berjaya, seta berharap ibu-bapa dapat mendekatkan diri dengan sekolah dan tidak berharap semata-mata kepada guru untuk membimbing anak mereka.
turut mengalukan kedatangan Perasmi pada pagi ini. turut memaklumkan status terbaharu permohonan padang sekolah dimana pihak KPM telah memaklumkan bahawa akan diadakan dalam 3rd rolling plan (2013~ 2015)
5. Program dirasmikan oleh Tuan Haji Norizan Bin Don (Penolong Pegawai PPD - Bahasa)
6. Proram berakhir sekitar jam 10:30 pagi.