email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Wednesday, August 24, 2011

Fatwa mengenai Tapak Masjid Machang Bubok

Berikut adalah fatwa yang diambil dari fail FMS (Fatwa Management System) mengenai kedudukan Tanah tapak Masjid Machang bubok.

FATWA

Kedudukan Tanah Tapak Masjid Machang -Bubak & Pembinaan Sebuah Bangunan Kelas Agama di atas Kawasan Lapang Tanah Yang Sama

Bahasa Asal        : Melayu
Negara Asal        : Malaysia
Tahun                  : 1983
Pengarang           : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Rujukan              : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang
Nota                   : Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989
 
Soalan:

1) Lot 2140 ( lot lama 689 (2) ) dan lot 2144 ( lot lama 690 (3), Mk. 16, S.P.T. adalah merupakan 2 bidang tanah yang telah di jual oleh tuan tanah iaitu AI-Marhum Tuan Haji Ahmad Bin Hussain kepada:-
1) Haji Ahmad B. Haji Hussain
2) Haji Harun B. Lebai Othman
3) Samsudin b. Hj. Ahmad
Mengikut Interim Register, ketiga-tiga mereka' didaftarkan setagai Pemegang Amanah kepada kedua-dua tanah tersebut. Walau bagaimanapun tanah tersebut tidak dicatitkan di dalam Conveyance 1060/106 sebagai tanah waqaf dan ketiga-tiga pembeli itu hanya dicatitkan sebagai Pemegang Amanah kepada Masjid Machang Bubok. Pada masa ini terdapat sebuah bangunan masjid yang dibina di bahagian penjuru kedua-dua lot tersebut, manakala kawasan lain di sebelah masjid itu merupakan tanah tapang. Soalannya, bolehkah ditentukan samada tanah lot 2140 dan lot 2144 itu boleh diterima atau tidak sebagai tanah waqaf, masjid Machang Bubok.

2. Bolehkah dibina dan didirikan sebuah bangunan kelas agama di atas tanah lapang tersebut. Bangunan yang dicadangkan berupa bangunan kayu bercampur bata berukuran 20 x 70 kaki. Peruntukan bagi membina kelas ini yang disediakan oleh Pejabat Daerah Bukit Mertajam dijangka dapat menampung seramai 90 orang murid untuk mengikuti pelajaran ugama.

Jawapan:

1) Tanah Lot 2140 dan lot 2144 adalah jelas kedudukannya sebagai tanah waqaf masjid Machang Bubok. Ini berdasarkan kepada kenyataan yang zahir iaitu terdapat sebuah masjid di atas tapak itu dan juga masjid berkenaan mempunyai pemegang Amanah yang menguasainya.
سئل رضى الله عنه عما إذا وجدنا صورة مسجد ولم تدر هل وقف مسجد أم لا.فهل تثبت له أحكام المساجد؟ فاجاب بقوله الظاهر أنه يثبت له ذلك عملا بظاهر الحال.-الفتاوى الكبرى لأبن حجر الهيتمي ص 265.
Yang bermaksud: Telah ditanya, jika kita dapati bentuk masjid dan tidak diketahui adakah ia waqaf masjid atau tidak, adakah sabit hukum masjid?Jawabnya: Yang zahir adalah sabit bagi bangunan itu hukum masjid berdasarkan kepada kenyataan zahir.

2. Boleh dibina apa-apa bangunan di atas tanah yang diwaqafkan untuk masjid dengan syarat tidak menganggu kehormatan masjid dan boleh dipecahkan apabila diperlukan untuk perluasan masjid.

Sekian.

Untuk keterangan lengkap : lihat laman web dibawah:-

http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1775&Itemid=48

Sunday, August 21, 2011

Majils Berbuka Puasa Di Masjid Machang Bubok - anjuran JKKK Jalan Gajah Mati - Machang Bubok

Majlis berbuka puasa anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok diadakan pada hari Ahad, 21-Aug-2011.
1. Ianya diadakan dengan perbelanjaan diatangggung oleh JKKK hasil dari kutipan kewangan penganjuran pasar ramadhan dan pasar minggu.
2. Makanan disediakan dengan pertolongan "Tukang Masak Masjid, iaitu Bang Li Tok Siak , Sham dan rakan rakan.
3. Majils bermula sekitar jam 7:10 petang dan dimulai dengan majlis tahlis & doa kesyukuran.
4. Antara juadah berbuka puasa yang disediakan adalah Nasi putih / lauk gulai ikan bawal, ikan tamban kering koreng, ulam-ulaman.
5. Ulam-ulaman & sambal disponsor oleh Saudara Rosli Musa.
6. Kueh-muih turut disponsor oleh tetamu yang hadir.

Syukur Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kerjasama semua.

Monday, August 15, 2011

Program sumbangan kepada Warga Emas & Fakir Miskin anjuran JKKK & PAS Cawangan Machang Bubok

Program sumbangan kepada Warga Emas & Fakir Miskin anjuran JKKK & PAS Cawangan Machang Bubok
  1. Program sumbangan diadakan sempena Bulan Ramadhan yang mulia.
  2. Diadakan pada hari Ahad / 14-Ogos-2011 / Jam 9:30 pagi.
  3. Seramai 25 orang penerima yang layak dijemput (termasuk 2 orang Saudara Baru).
  4. Sumbangan beras adalah daripada Ustaz Subri Arshad (diamanahkan kepada beliau oleh waris kepada salah seorang ahli PAS yang mmebayar fidyah bagi pihak Ayahnya). 
  5. Sumbangan juga diterima dari tabung JKKK hasil dari penganjuran Pasar Minggu / Pasar Ramadhan.
Agenda:-
  1. Ucapan Pengerusi Majlis (Mohamad Puzi Awang - s/u PAS Machang Bubok / s/u JKKK)
  2. Ucapan oleh Pengerusi JKKK , merangkap Ketua Pas Cawangan Jalan Masjid Machang Bubok (Haji Ismail Elin).
  3. Perasmian dilakukan oleh Ust Mohd Bakar Awang (Timbalan Pesuruhjaya Pas Kawasan Bukit Mertajam). 
  4. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi (salah seorang pembantu Imam Masjid Machang Bubok).
  5. Penyampaian hadiah kepada penerima yang layak. Hadiah sumbangan disampaikan oleh Perasmi (Ust Bakar), Pengerusi Masjid Machang Bubok (Haji Saad bin Din & Haji Salleh Itam)
  6. Penyampaian cenderamata kepada perasmi & Ust Suhaimi yang menyampaikan tazkirah.
  7. Majlis ditutup dengan memnaca tasbih kifarah & surah An-As.
Program penyampaian sumbangan turut dijayakan dengan kehadiran wakil Masjid Machang Bubok dan dibantu oleh ahli PAS Machang Bubok).

Program berakhir jam 11 pagi.

TERIMA KASIH semua. 

Saturday, July 23, 2011

Program promosi Pasar Minggu dan Pelancaran Pasar Ramadan 2011

Program Promosi Pasar Minggu dan Pelancaran Pasar Ramadan 2011
  1. Program dijalankan bersempena dengan promosi pasar Pagi dan Sambutan Pasar Ramadan
  2. Pra Pelancaran telah diadakan pada 2 minggu yng terdahulu dimana sebanyak 5 hadiah cabutan bertuah telah diberikan kepada pengunjung bertuah.
  3. Program kemuncaknya adalah pada 24-Jul-2011 dimana sebanyak 20 hamper hadiah telah disediakan kepada pengunjung bertuah.
  4. Program turut deserikan lagi dengan kehadiran 2 wakil dari Ahli majlis iaitu Cik Rynu  yang mewakili YB Tan Hock Leong serta Encik Ahmad Kaswan bagi pihak MPSP.
  5.  Agenda program:-
    • Dimulakan dengan Bacaan doa yang dibaca oleh Ustaz Hushaimi
    • Ucapan pengerusi JKKK - En Ismai Elin
    • Ucapan perasmian oleh Saudara Ahmad Kaswan mewakili Ahli Majlis MPSP.
    • Penyampaian hadiah kepada pemenang hadiah cabutan bertuah
    • Hadiah penyampaian disempurnakan oleh En Ahmad Kaswan dan Cik Rynu.
    • Seterusnya diteruskan lagi dengan sumbangan cenderamata kepada perasmi dan wakil YB Tan Hock leong.
    • Jamuan makan turut disediakan kepada semua tetamu / pengunjung yang hadir 
    • Program yang bermula sejak 9-pagi tamat hampir 11 pagi.

Sukan Tahunan SK Machang Bubok 2011

Sukan Tahunan SK Machang Bubok 2011
  1. Sukan tahunan telah diadakan pada 21-jul-2011 (khamis) bertempat di Stadium MPSP di jalan Betik Bukit Mertajam
  2. Sukan tahunan kali ke 44 ini dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Encik Shamsuddin. Tutut mengiri beliau pada hari tersebut ialah En Jufri iaitu pegawai bahagian aduan PPD SPT.
  3. Sambutan dari murid / waris amat menggalakkkan. Bas terpaksa digunakan utuk mengagkut pelajar dan waris yang tida kemudahan pengangkutan. (Bas terpaksa berulang-alik sebanyak 4 trip.
  4. Alhamdullillah, program berjalan dengan lancar sehingga ke penghujung.

Program Israk Mikraj Anjuran Masjid Machang Bubok - 3-jul-2011

Program anjuran Qaryah Masjid bersama Generasi Pewaris MAIPP.

Saturday, July 9, 2011

Visit Semicon West Exhibition - 8 Jul 11 ~ 15 jul 11

Berkesempatan untuk hadir ke Semicon West dekat San Francisco California

8-Jul-11
1. Bertolak dari Penang (8-Jul) dengan Cathay Pacific - CX 692 (depart pukul 7:45pagi) dan transit kat Hong Kong pukul 11:35 lebih.
2. Flight Delay dari Hong Kong ke San francisco (CX 870) . patut depart pukul 2:05pm, tapi delay sampai pukul 3:20pm.
3. Sakit perut dan cirit birit sepanjang perjalanan. (Atas flight Pen ~ HK) 2 kali, kat HK airport 2 kali, Lepas tu atas HK ~ SF flight 3 kali, sampai kat hotel pulak 2 kali. Nasib baik tak cirit birit. Dahlah dudok kerusi tengah. (38B), kesian kat mat saleh yang kena bangun bagi laluan.
4. sampai hotel, relax dan seterusnya keluar jalan-jalan kat dekat-dekat Town. Pi china town, beli baju sejuk (USD 16.00 - lebih kurang RM 45.00).
5. Balik hotel, terus terlelap. Tapi jaga pukul 1 pagi. Terus call kat family kat M'sia.

9-Jul-11

10-Jul-11

11-Jul-11

12-Jul-11 (Selasa)
1. Full day at Semicon West show. Seronok tengok exibition sampai tak rasa lapar.
2. Malam tu makan kat Fisherman Warf
3. Ratah Udang & Ketam. (AMAT vendor - KC Thong belanja)
4. Receipt mai, tengok jumlah harga tak mahal sangat (kata KC Thong berbanding S'pore) , cuma USD 269 (including tip : USD 300)......Orang sini pelik sikit, Tips is consider compulsary.

13-Jul-11 (Rabu)
1. Attend Semicon exibition on 2nd day.
2. Had meet vendor from 9 ~ 10 (Foresight)
3. At 10:30, Continue meeting with CAE (Ms Jasvir Singh) regarding tool to sell and tool to buy (assignment given last minutes by Kader / Anki)
4.  around 11:20, had meet my team at WCQ booth, meet KG & Dan. Walk out toward Dan Hotel (Dan car there).
5. Move to Milpitas and take lunch at one of the Halal Restaurant at Milpitas.
6. cehck in at Courtyard Marriott Hotel. (emmm ..harga boleh tahan jugak, USD 189 lebih kurang satu malam)
7.  Letih sangat terus tertidur.
8. Bangun pukul 6 petang, lepas sembahyang jamak / qasar, terus keluar pi makan kat Milpitas town.
9. ronda - ronda pekan milpitas, seterusnya balik hotel.
10. check for any latest mail, before sleep.



Fr
14-Jul-11

15-Jul-11

16-Jul-11