Persembahan Boria SK Machang Bubok Sempena Silterra EHS Week 2011 (24-Okt-2011)
1. Alhamdullillah, pada hari ini, SK Machang Bubok telah melakar satu lagi sejarah baru di mana murid - murid sekolah telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Silterra EHS Week 2011.
2. Pihak sekolah yang disertai oleh 19 pelajar bersama guru pengiring telah datang awal untuk menjalankan rehersal.
3. Program persembahan boria bermula dengan lancar selepas CEO Silterra Dr. Kamarulzaman melancarkan miggu EHS untuk tahun 2011.
4. Persembahan dimulakan dengan Sketsa dan seterunya persembahan Boria yang bertajuk "Satu Malaysia".
5. Walaupun ianya berkisar tentang "Satu Malaysia", tetapi, motif disebaliknya ialah kita bersama-sama sebagai satu Bangsa Malaysia untuk membangaunkan negara sesuai dengan status Silterra sebagai GLC.
6. Syukur, Hasrat untuk mendedahkan murid kepada aktiviti luaran mencapai objektifnya.
-mohdpuzi-
YDP PIBG SK Machang Bubok.
Gambar-gambar yang diambil sekitar Machang Bubok, antaranya program setempat dan lain-lain serta gambar-gambar yang diambil oleh owner dari semasa ke semasa. Tempat aktivity menarik di machang bubok seperti hiking bukit seraya, dll
Monday, October 3, 2011
Friday, September 30, 2011
Program Gotong Royong dan bacaan Yassin sempena pembukaan sekolah baru SK Machang Bubok
Program yang dirancang demi untuk mebantu pihak sekolah menyusun beberapa peralatan seperti meja gu, cabinat untuk kelas dan sebagainya bermula lebih kurang jam 8:30 pagi
Wednesday, September 21, 2011
2 Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Machang Bubok secara rasmi diserahkan pada pihak sekolah selepas hampir 2 tahun dibina.
2 Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Machang Bubok secara rasmi diserahkan pada pihak sekolah selepas hampir 2 tahun dibina
1. Dua Bangunan baru ini dibina menggantikan bangunan lama yang reput dan merbahayakan pelajar.
2. Bangunan Baru 4 tingkat turut menempatkan bangunan Pra-sekolah pada salah satu bangunannya.
3. Selamat diserakan pada 19-Sept-2011.
4. Dijangka dibuka dalam masa terdekat.
5. Walaubagimanapun, padang sekolah masih belum diluluskan untuk di tebus guna.

Program Basmi Denggi anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok bersama Masjid Machang Bubok di Kampung Tok Musa - 16-sept-2011 (Jumaat)
Program Basmi Denggi di kampung Tok Musa - 16-sept-2011
1. Program dijalankan oleh JKKK Jalan Gajah Mati dengan kerjasama Masjid Machang Bubok
2.Program dijalankan atas saranan Pejabat Kesihatan Bukit Mertajam disebabkan terdapat kes denggi di Kawasan Mukim 16, Machang Bubok
3. Pihak Masjid turut mengalukan turun padang membantu program yang dijalankan
4. Program bermula jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 11 pagi
5. Hampir 25 ~ 30 orang pendudok turut serta. sambutan yang dikira amat menggalakkan memandangkan pengumuman hanya dilakukan pada malam sebelum nya.
6. Makanan disediakan dengan peruntukan dari JKKK
Sekian
mohdpuzi
Tuesday, August 30, 2011
Sambutan Hari Raya - Sambutan di Machang Bubok
Sambutan Hari Raya
1. Inilah sambutan hari raya yang pertama di Machang Bubok. Maklumlah inilah sambutan kali pertama di rumah sendiri.
2. Pergi sembahyang raya di Masjid Machang Bubok.
- Solat hari raya di imamkan oleh Ust Azrul dan kutbah disampaikan oleh Haji Salleh Itam.
- Antara isi kutbah ialah:-
a. Harap semua penduduk dapat memartabatkan institusi masjid sebagai rumah Allah, Diharapkan penduduk dapat memanfaatkan program tazkirah, ceramah dan pengajian yang diadakan di masjid.
c. Berharap tiada membawa politik sempit kedalam intitusi masjid.
d. Teguran membina amat digalakkan.
e. Mengucapkan dan mengalukan warga machang bubok dari perantauan yang pulang kekampung berhari raya. Turut memohon supaya warga machang bubok yang pulang dari perantauan dapat turut menyumbang buah fikiran demi kebaikan institusi masjid di kampung mereka. Sumbangan kewangan dari hartawan turut dialu-alukan.
f. Turut mengalu-alukan warga asing seperti dari Indonesia, Myammar, Kemboja, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain yang beraya di kampung machang bubok. Jamuan hari raya untuk warga asing diadakan selepas solat aidil fitri di halaman masjid. Ini sebagai meraikan warga asing se-agama yang turut berhari raya di Machang Bubok. Meraka adalah sebahagian yang turut menyumbang dalam pembangunan negara.
Sebelah malamnya balik kampung untuk bersama keluarga - buat bakar satay.

Wednesday, August 24, 2011
Fatwa mengenai Tapak Masjid Machang Bubok
Berikut adalah fatwa yang diambil dari fail FMS (Fatwa Management System) mengenai kedudukan Tanah tapak Masjid Machang bubok.
Sekian.
Untuk keterangan lengkap : lihat laman web dibawah:-
http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1775&Itemid=48
FATWA
Kedudukan Tanah Tapak Masjid Machang -Bubak & Pembinaan Sebuah Bangunan Kelas Agama di atas Kawasan Lapang Tanah Yang Sama
Bahasa Asal : Melayu
Negara Asal : Malaysia
Tahun : 1983
Pengarang : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Rujukan : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang
Nota : Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989
Soalan:
1) Lot 2140 ( lot lama 689 (2) ) dan lot 2144 ( lot lama 690 (3), Mk. 16, S.P.T. adalah merupakan 2 bidang tanah yang telah di jual oleh tuan tanah iaitu AI-Marhum Tuan Haji Ahmad Bin Hussain kepada:-
1) Haji Ahmad B. Haji Hussain
2) Haji Harun B. Lebai Othman
3) Samsudin b. Hj. Ahmad
Mengikut Interim Register, ketiga-tiga mereka' didaftarkan setagai Pemegang Amanah kepada kedua-dua tanah tersebut. Walau bagaimanapun tanah tersebut tidak dicatitkan di dalam Conveyance 1060/106 sebagai tanah waqaf dan ketiga-tiga pembeli itu hanya dicatitkan sebagai Pemegang Amanah kepada Masjid Machang Bubok. Pada masa ini terdapat sebuah bangunan masjid yang dibina di bahagian penjuru kedua-dua lot tersebut, manakala kawasan lain di sebelah masjid itu merupakan tanah tapang. Soalannya, bolehkah ditentukan samada tanah lot 2140 dan lot 2144 itu boleh diterima atau tidak sebagai tanah waqaf, masjid Machang Bubok.
2. Bolehkah dibina dan didirikan sebuah bangunan kelas agama di atas tanah lapang tersebut. Bangunan yang dicadangkan berupa bangunan kayu bercampur bata berukuran 20 x 70 kaki. Peruntukan bagi membina kelas ini yang disediakan oleh Pejabat Daerah Bukit Mertajam dijangka dapat menampung seramai 90 orang murid untuk mengikuti pelajaran ugama.
Jawapan:
1) Tanah Lot 2140 dan lot 2144 adalah jelas kedudukannya sebagai tanah waqaf masjid Machang Bubok. Ini berdasarkan kepada kenyataan yang zahir iaitu terdapat sebuah masjid di atas tapak itu dan juga masjid berkenaan mempunyai pemegang Amanah yang menguasainya.
سئل رضى الله عنه عما إذا وجدنا صورة مسجد ولم تدر هل وقف مسجد أم لا.فهل تثبت له أحكام المساجد؟ فاجاب بقوله الظاهر أنه يثبت له ذلك عملا بظاهر الحال.-الفتاوى الكبرى لأبن حجر الهيتمي ص 265.
Yang bermaksud: Telah ditanya, jika kita dapati bentuk masjid dan tidak diketahui adakah ia waqaf masjid atau tidak, adakah sabit hukum masjid?Jawabnya: Yang zahir adalah sabit bagi bangunan itu hukum masjid berdasarkan kepada kenyataan zahir.
2. Boleh dibina apa-apa bangunan di atas tanah yang diwaqafkan untuk masjid dengan syarat tidak menganggu kehormatan masjid dan boleh dipecahkan apabila diperlukan untuk perluasan masjid.

Sunday, August 21, 2011
Majils Berbuka Puasa Di Masjid Machang Bubok - anjuran JKKK Jalan Gajah Mati - Machang Bubok
Majlis berbuka puasa anjuran JKKK Jalan Gajah Mati-Machang Bubok diadakan pada hari Ahad, 21-Aug-2011.
1. Ianya diadakan dengan perbelanjaan diatangggung oleh JKKK hasil dari kutipan kewangan penganjuran pasar ramadhan dan pasar minggu.
2. Makanan disediakan dengan pertolongan "Tukang Masak Masjid, iaitu Bang Li Tok Siak , Sham dan rakan rakan.
3. Majils bermula sekitar jam 7:10 petang dan dimulai dengan majlis tahlis & doa kesyukuran.
4. Antara juadah berbuka puasa yang disediakan adalah Nasi putih / lauk gulai ikan bawal, ikan tamban kering koreng, ulam-ulaman.
5. Ulam-ulaman & sambal disponsor oleh Saudara Rosli Musa.
6. Kueh-muih turut disponsor oleh tetamu yang hadir.
Syukur Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan kerjasama semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)