email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Monday, April 9, 2012

Lawatan ke Kelantan dan Terengganu bersama keluarga Mak Pah Pulau Pisang

1.Lawatan ke Kelantan dan Terengganu pada hari jumaat (7-apr-2012) selepas solat isyak, sekitar jam 10 malam,
2. Disertai isteri dan anak anak (asyraf & ammar)
3. Mengikut rombongan Bas bersama-sama keluarga Maksu Pah Pulau Pisang.
4. Kakak (Anak Maksu Pah) selaku ketua rombongan.
5. Singgah makan di Gerik (Restoran Kari Kepala Ikan Salim)
6. Sampai di Kuala Terengganu sekitar jam 6:15 pagi.
7. Singgah sembahyang di Masjid sebelum menaiki bas untuk bersarapan di sebuah resotran berdekatan s dengan Masjid Rusila.
8. Seterusnya pergi ke Pekan Kuala Terengganu untuk membeli belah di Pasar Kepayang (berdekatan pekan Kuala Terengganu.
9. Seterusnya ke Muzium Terengganu untuk menikmati makan tengahari . Makanan dimasak oelh Maksu Pah & his family. (Nasi Putih, Lauk Daging Goreng, Sambal Daging, ikan kering dan sambal ikan kering. Sungguh selera makan.
10. Bertolak ke Masjid Kristal..Sembahyang Jamak taqdim kat situ.
11. Sebelum bertolk ke Kelantan, singgah membeli keropok ikan di Losong.

Sunday, February 19, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK MAchang Bubok kali ke 28_19-Feb-2012

Alalhamdullillah, pada pagi tadi bermula jam 9 pagi mesyuarat PIBG SK Machang Bubok telah diadakan.
Mesyuarat telah dirasmikan Oleh Dato Musa selaku Pengerusi Asenia Berhad.

Mesyuarat bermula dengan Bacaan Doa selamat oleh Tuan Imam Machang Bubok, Tuan Haji Saad Bin Haji din, seterusnya oleh YDP sesi 2010/2011 iaitu saya sendiri.

Saya banyak menyentuhi mengenai isu padang sekolah. walaupun pada tahun ini telah genap 100 tahun, malangnya masih lagi tiada padang permainan untuk anak -anak sekolah.

turut dibangkitkan ialah mengenai janji Dato untk menyediakan kemudahan PA System untuk dipasang di kantin sekolah masih tidak dilaksanakan seperti dijanjikan dalam Hari penyampaian anugerah pelajar pada bulan november 2011 yang lalu.

Pada pemilihan tahun ini, banyak muka baru membarisi AJK pibg. Antaranya YDP telah disandang oleh Puan Nor Azihah iaitu seorang doktor yang bertugas di hspital Bukit mertajam sementara saya telah "diturunkan pangkat" sebagai Naib YDP. Syukur, sekurang-kurangnya ada calon yang insyaAllah dapat membawa SKMB ke satu tahap yang lebih tinggi berbanding sebelum dan ketika ini.

Semoga SKMB terus cemerlang dengan tenaga baru / semangat baru demi kebaikan anak -anak kita keseluruhannya. -amin-