email:

alamat email : mohd_puzi2002@yahoo.com

Tuesday, June 26, 2012

Sukan Tahunan kali ke 45 SK Machang Bubok (2012)

1. Hari Sukan SK Machang Bubok kali ke 45 (2012)
2. Diadakan pada hari Sabtu 23-Jun2012 di SK Bukit Teh
3. Ini adalah kali ke 2 , SK Machang Bubok terpaksa mengemis Padang sekolah lain untuk dijadikan padang sempena hari sukan kerana ketiadaan padang sendiri
4. Sambutan 100 tahun SK Machang Bubok tiada makna kerana terpaksa menumpang padang sekolah lain.
perasmian dilakukan oleh Ibu Angkat Sekolah iaitu PROSA Puan Aida.
5. Bacaan doa disempurnakan oleh Ust Malik.
6. Juara keseluruhan dimenangi oleh Rumah Merah.



Friday, June 22, 2012

Program Gunting Rambut percuma anjuran JKKK Jalan Gajah Mati~Machang Bubok dengan kerjasama Masjid Machang Bubok

Program Gunting Rambut Percuma



1.Program dianjurkan oleh JKKK Jalan Gajah Mati~Machang Bubok dengan kerjasama Masjid Machang Bubok. Kali ke 2 diadakan selepas sambutan menggalakkan pada awal tahun 2012 yang lalu.
2. Diadakan pada 10 Jun 2012 (Ahad) dari jam 8 pagi hingga 12:30 tengahari
3. Seramai lebih 45 pelajar sekolah telah digunting rambut oleh 2 orang tukang gunting.
4. Tukang gunting adalah terdiri dari mereka yang memangnya dikenali sebagai tukang gunting di Machang Bubok (Sani & Pak Non Janggut- Tmn Jambu)
5. Turut disediakan makanan berupa nasi lemak dan air teh o panas.
6. Pihak masjid memberi kerjasama menggalakkan dengan membenarkan perkarangan masjid dijadikan lokasi menggunting rambut.
7. Pada hari tersebut, keadaan menjadi semakin meriah apabila terdapat upacara akad nikah yang dijalankan di masjid machang bubok (pengantin lelaki dari perlis - anak Li tebang pokok).
8. Semuanya ditaja oleh JKKK (Upah tukang gunting dan Nasi lemak percuma)
9. Alhamdullilah, inilah sedikit sumbangan dari JKKK hasil kutipan dari penganjuran Pasar Minggu yang dijalankan setiap Ahad.

Monday, April 9, 2012

Lawatan ke Kelantan dan Terengganu bersama keluarga Mak Pah Pulau Pisang

1.Lawatan ke Kelantan dan Terengganu pada hari jumaat (7-apr-2012) selepas solat isyak, sekitar jam 10 malam,
2. Disertai isteri dan anak anak (asyraf & ammar)
3. Mengikut rombongan Bas bersama-sama keluarga Maksu Pah Pulau Pisang.
4. Kakak (Anak Maksu Pah) selaku ketua rombongan.
5. Singgah makan di Gerik (Restoran Kari Kepala Ikan Salim)
6. Sampai di Kuala Terengganu sekitar jam 6:15 pagi.
7. Singgah sembahyang di Masjid sebelum menaiki bas untuk bersarapan di sebuah resotran berdekatan s dengan Masjid Rusila.
8. Seterusnya pergi ke Pekan Kuala Terengganu untuk membeli belah di Pasar Kepayang (berdekatan pekan Kuala Terengganu.
9. Seterusnya ke Muzium Terengganu untuk menikmati makan tengahari . Makanan dimasak oelh Maksu Pah & his family. (Nasi Putih, Lauk Daging Goreng, Sambal Daging, ikan kering dan sambal ikan kering. Sungguh selera makan.
10. Bertolak ke Masjid Kristal..Sembahyang Jamak taqdim kat situ.
11. Sebelum bertolk ke Kelantan, singgah membeli keropok ikan di Losong.